Thursday, June 30, 2011

PENGLIBATAN ATLET PELAPIS SERANTAU MEWAKILI MALAYSIA DI 37TH MEN-17TH WOMEN WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2011.






Tarikh: 30 Jun 2011
Masa : 12:30 tengahari- 1:30 petang
Tempat : Penang International Sport Arena (Pulau Pinang)


Pada hari pertama kejohanan melibatkan penyertaan atlet pelapis serantau Akademi Serantau Zon Utara, Pulau Pinang yang mewakili pasukan Malaysia iaitu Zulhelmi Md Pisol bertanding bagi kategori 56 kg lelaki. Pada kategori ini, seramai 22 atlet bertanding bagi merebut pingat dalam acara snatch, clean and jerk dan total.

Berikut adalah pencapaian Zulhelmi Md Pisol

Kat 56 kg lelaki

Penyertaan 22 atlet

1. Zulhelmi Md Pisol
Snatch : Tiada angkatan
Clean & Jerk : 125 kg ( Tempat ke 17)

Sekian


PENGLIBATAN ATLET PELAPIS AKADEMI SERANTAU ZON UTARA, PULAU PINANG DI 37TH MEN-17TH WOMEN WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS

TARIKH KEJOHANAN: 28 JUN-07 JULAI 2011
TEMPAT KEJOHANAN: PENANG INTERNATIONAL SPORT ARENA(PISA)


Seramai dua atlet angkat berat pelapis Akademi Serantau Zon Utara, Pulau Pinang telah terpilih ke 37th Men- 17th Women World Junior Weightlifting Championships. Atlet tersebut adalah Kenneth Cory Dominic dan Mohd Zulhelmi Md Pisol. Untuk makluman, Kenneth Cory merupakan atlet termuda iaitu pada usia 16 tahun di dalam pasukan Malaysia. Semoga penyertaan kedua-dua atlet tersebut dapat memberi pendedahan yang berguna dan menaikan imej sukan angkat berat Malaysia.

Sunday, June 26, 2011

Kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor 2011

Tarikh : 26 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Venue : Stadium MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

HARI KEDUA

Kejohanan telah memasuki hari terakhir yang mana semua acara padang dan trek di sebelah pagi dijalankan pada peringkat saringan. Keadaan cuaca pada sebelah pagi agak panas sedikit. Acara pada pagi ini yang melibatkan atlet serantau adalah seperti berikut :-

Acara Sebelah Pagi

1) 200 mtr wanita saringan & separuh akhir
2) 200 mtr lelaki saringan & separuh akhir
3) 800 mtr lelaki separuh akhir
4) Baling Tukul Besi akhir

2) Berikut disertakan keputusan untuk acara sebelah pagi yang melibatakan atlet pelapis serantau :-

200 mtr wanita saringan
1) Chan Yi Jing (Johor) - 27.26s
2) Noratikah bt Mohd Izham (Serantau Utara) - 28.52s
3) Norfaralisna (USPTN Selangor) - 30.04s

200 mtr lelaki saringan
1) Mohd Nasir b Mohamad (Serantau Utara) - 24.05s
2) Mohd Aidi Putra Ramli ( SMK Seri Kota) - 24.13s
3) Muhammad Ghazal Mohd (SMK Tho Kluang) - 24.80s

200 mtr wanita separuh akhir
1) Nurul Ashikin Mohd Rasid (Pelapis Kebangsaan) - 27.91s
2) Nur Ashikin bt Jamal (SMK Seri Kota) - 28.44s
3) Noratikah bt Mohd Izham (Serantau Utara) - 28.64s

200 mtr lelaki separuh akhir
1) Mohd Nasir b Mohamad (Serantau Utara) - 23.62s
2) Muhammad Aqmal Safuan (SMK Seri Kota) - 24.11s
3) Mohd Nur Syazwan Mat Isa (Pelapis Perlis) - 24.25s

800 mtr lelaki separuh akhir 1
1) Siveshankaran A/L Sevaperagam (NS) - 2:02:08
2) M.Partiban A/L Murugiah (Serantau Utara) - 2:02:84
3) Eddison Roy A/L Vincent (NS) - 2:03:27

800 mtr lelaki separuh akhir 2
1) Lim Jin Son (FTAAA Junior) - 2:0503
2) Thevnath A/L Batumalai (NS) - 2:05:32
3) Nik Hafiz Nik Mohamad (Serantau Utara) - 2: 05:55s

Baling Tukul Besi
1) Ng Chee Chew (Serantau Utara) - 42.12 mtr
2) Rizhan Rajmi (USPTN Kedah) 38.54 mtr
3) Sulaimi Arif Samsudin (SMK Seri Kota) - 33.37 mtr

Untuk makluman semua atlet trek telah melayakkan diri ke peringkat akhir yang kan berlangsung pada sebelah petang.

800 mtr lelaki akhir
1) Nik Hafiz Nik Mohamad (Serantau Utara) - 1:54:5
2) Partiban A/L Murugiah (Serantau Utara) - 1:57:6
3) Siveshankaran A/L Sevaperagam (NS) - 2:00:2

200 mtr lelaki akhir
1) Kannathasan(Serantau SSAAS) - 22.24s
2) Mohd Syamimi Azmi (Serantau Johor) - 22.31s
3) Mohd Helmi Ahmad (USPTN Kedah) - 22.93s
4) Muhammad Akmal Safuan (SMK Seri Kota) - 23.43s
5) Mohd Nasir Mohamad (Serantau Utara) - 23.52s

Kejohanan Olahraga kali ini telah melabuh tirai tepat jam 5.20 petang. Tahniah diucapkan kepada semua atlet kerana telah memberikan komitmen yang terbaik. Diharap kita bersua kembali pada kejohanan yang seterusnya.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi bin Md Salleh


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 25, 2011

Kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor 2011

Program : Kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor 2011
Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Venue : Stadium MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

HARI PERTAMA

Kejohanan olahraga anjuran Persatuan Olahraga Selangor telah membuka tirai pagi ini dimana sebanyak 34 penyertaan pasukan yang melibatkan atlet seramai 446 atlet dengan 297 atlet lelaki dan 149 atlet wanita yang disertai pelapis kebangsaan,serantau,negeri mahupun sekolah. Kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari dalam keadaan cuaca yang panas terik. Sebanyak 22 acara untuk lelaki dan wanita dipertandingkan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Bagi atlet Serantau Utara telah menghantar atlet seramai 6 orang dimana 5 lelaki dan 1 wanita.

2) Berikut acara yang melibatkan atlet Serantau Utara pada hari pertama :-

Sebelah Pagi
- 400 mtr wanita (separuh akhir)
- 400 mtr lelaki (separuh akhir)

Sebelah Petang
- 400 mtr wanita (akhir)
-400 mtr lelaki (akhir)
- 1500 mtr lelaki (akhir)

3) Berikut keputusan rasmi bagi acara yang disertai oleh atlet serantau utara :-

400 mtr lelaki ( separuh akhir )

1) Mohd Firdaus b. Kim Leh (SSBJ) - 51.47 s
2) Muhamad Nasir b. Mohamad (Serantau Utara) - 51.81 s
3) Bovern Solhart (FTAAA Junior) - 51.87s

400 mtr wanita ( separuh akhir )

1) Lau Kah Lin (USPTN Sel) - 67.7 s
2) Nur Atikah bt Mohd Izham (Serantau Utara) - 68.1 s
3) Lim Yin Di (Pelapis Perak) - 68.4 s

Untuk makluman kedua-dua atlet serantau telah melayakkan diri ke peringkat akhir dimana akan berlangsung pada sebelah petang ini.

400 mtr lelaki (akhir)

1) Mohd Firdaus Kim Leh (SSBJ) - 51.01s
2) Muhamad Nasir b. Mohamad (Serantau Utara) - 51.08s
3) Dinesh A/L Krishnan (USPTN Kedah) - 51.16s

400 mtr lelaki (Time Trial)
1)S.Kannathasan (KOAM) - 48.78s
2) Schuan Mohd Rosli (KOAM) - 49.81s
3) Mohd Harmizi b Arobi (Serantau Utara) - 49.88s
4) M.Partiban A/L Murugiah (Serantau Utara) - 50.77s

1500 mtr Lelaki (Akhir)

1) Nik Hafiz Nik Mohamad (Serantau Utara) - 4:22:50
2) Mohd Nizamuddin (Terengganu) - 4:27:46
3) Mohd Hilmi Amri (Terengganu) - 4:29:56

Semua acara pada hari ini telah berakhir pada jam 5.55 petang.Semua atlet pulang ke hotel untuk merahtakian diri sebelum menjelang hari kedua kejohanan pada esok hari.

Laporan disediakan oleh:
Mohd Suhaimi B. Md Salleh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 24, 2011

Kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor 2011

Tarikh : 25 hingga 26 Jun 2011
Tempat : Stadium MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang

Pasukan Olahraga Serantau Utara telah memulakan perjalanan dari akademi menuju ke Majlis Sukan Negara,Bukit Jalil untuk menghadapi kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor 2011. Seramai 6 orang atlet terlibat dimana 5 orang lelaki dan 1 wanita. Berikut disenaraikan nama atlet yang terlibat:-

Skuad Lelaki
1)Mohd Harmizi bin Arobi
2) Nik Hafiz bin Nik Mohamad
3) Mohd Nasir bin Mohamad
4) Partiban A/L Murugiah
5)Ng Chee Chew

Skuad Wanita
1) Nur Atikah bt Mohd Izham

2) Pada sesi petang ini semua atlet sedang manjalani latihan persediaan untuk pertandingan pada sebelah pagi esok. Latihan ini juga telah dipantau oleh jurulatih Krishnan A/L Thambusamy.

Laporan disediakan oleh :-
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.