Monday, February 20, 2012

SENAMROBIK BERSAMA MPSP

Assalamualaikum.

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menganjurkan satu aktiviti kecergasan yang disertai oleh penduduk setempat yang berbilang kaum. Tidak ketinggalan atlet-atlet dari Akademi juga turut bersama bagi memeriahkan program tersebut. Program ini juga di hadiri Yang Dipertua MPSP Puan Maimunah Binti Mohd Sharif. Program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran bahawa pentingnya kecergasan dalam kehidupan seharian. Di samping itu dapat mempraktikkan slogan "Gaya Hidup Sihat". Pelbagai aktiviti sampingan di jalankan seperti pemeriksaan kesihatan dan kaunter bayaran bergerak. Diharap dengan penganjuran program seperti ini dapat dijalankan secara berterusan terutama golongan orang muda.

Sekian.

Friday, February 10, 2012

Laporan Pemantauan Kompleks Angkat Berat untuk Kem PS

Salam

Pemantauan telah dilakukan pada 8 Feb 2012 bertempat di Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan di Rompin. Dalam lawatan ini pihak urusetia telah melihat  asrama tempat penginapan dan tempat untuk menjalankan aktiviti sepanjang kem berlansung.

Asrama (Penginapan)

Bilik penginapan berempat satu bilik agak selesa dan jumlah yang boleh diduduki lelaki seramai 60 orang dan wanita 30 orang (1 bilik 4 orang). Asrama ini juga diduduki oleh atlet angkat berat Pahang.

Tempat aktiviti

Cadangan ukt melaksanakan aktiviti outdoor adalah di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin  yg terletak berhampiran dengan tempat penginapan. Perbincangan telah dijalankan bersama Pengurus Kompleks dan pihak beliau memohon untuk pihak kita mengeluarkan surat untuk permohonan penggunaan tempat tersebut.

Makanan

Perbincangan bersama pembekal makanan juga telah diadakan dan pembekal bersetuju untuk menyediakan 5 kali makan sehari.


Lawatan ini turut disertai oleh PKU Pahang dan Sarimah (SDO) dan wakli Bahagian Harta En Raizal dan En Hafiz

Sekian untuk makluman
Laporan disediakan oleh:
Norizuan

Wednesday, February 8, 2012

LAWATAN MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN KE ASZU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Akademi Serantau Zon Utara hari ini menerima kunjungan tidak rasmi rombongan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Pegawai Penbangunan Negeri iaitu Encik Fazli Bin Roseli serta pegawai lain.Tujuan lawatan ini dibuat untuk bertanya khabar dan prestasi atlet sehingga sekarang. Disamping itu juga beliau membincangkan perkara-perkara berkenaan persiapan ke SUKMA Pahang nanti. Turut hadir juga jurulatih olahraga dan angkat berat semasa lawatan ini dibuat. Pihak pentadbiran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MSN Kelantan kerana sudi hadir untuk kunjungan singkat ke akademi. Semoga lawatan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian.