Thursday, August 29, 2013

MESYUARAT BULANAN PENGURUSAN AKADEMI SERANTAU BERSAMA JURULATIH




MESYUARAT JURULATIH

Tarikh         :   27 Ogos 2013 (Selasa)
Masa           :   11.30 pagi hingga 12.40 tengahari
Tempat       :    Pejabat Akademi Serantau

Kehadiran   :
1.  En. Wang Zhi Quan - Jurulatih Angkat Berat
2.  En. Saiful Farhan Bin Mohd Nor - Jurulatih Angkat Berat
3.  En. Muhammad Hatta Bin Abdullah - Jurulatih Berbasikal
4.  En. Krishnan A/L Thambusamy - Jurulatih Olahraga (Jarak Jauh dan Sederhana)
5.  En. Mogan A/L Rajoo - Jurulatih Olahraga (Jalan Kaki)
6.  En. Jaffery Low  Wee Loon - Jurulatih Memanah
7.  En. Jazrul Lizam Bin Azman  - Pembekal Makanan
7.  Puan Noor Marina Binti Kamaruddiin - Pembantu Tadbir Akademi Serantau
8.  En. Adnan Bin Mat - Warden Akademi Serantau
9,  Cik Fatimah Binti Jamil - Pengurus Akademi Serantau

Agenda
1.  Ucapan Pengerusi - Pengurus Akademi Serantau 
2.  Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3.  Pembentangan Pengurus Akademi Serantau
4.  Pembentangan Warden
5.  Hal-hal lain

Bagi bulan Julai 2013 pihak Pengurusan hanya mengadakan Perjumpaan Jurulatih sahaja bertujuan untuk memperkenalkan Atlet dan Jurulatih yang baru mendaftarkan diri ke Akademi Serantau dan memaklumkan persiapan Sambutan Bulan Puasa dan perancangan Cuti Sambutan Hari Raya Aidifitri untuk atlet.

Mesyuarat Pengurusan Akademi Serantau merupakan program bulanan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak jurulatih-jurulatih dari segi latihan mahupun permasalah atlet dan merapatkan lagi perhubungan yang baik antara pihak pengurusan dengan jurulatih.

Mesyuarat kali ini pihak Pengurusan telah menjemput pihak Pembekal Makanan Akademi Serantau dan memperkenalkan kepada Jurulatih-Jurulatih.

Mesyuarat diakhiri dengan jamuan ringan yang ditaja oleh Pihak Pembekal Makanan Akademi Serantau dan Jamuan Hari Raya dari Pengurus Akademi Serantau.

Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang di rancang.

Sekian terima kasih.