Wednesday, January 22, 2014

PEMANTAUAN AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA, PULAU PINANG

Tarikh.    : 21 Januari 2014
Masa      : 11:00 am - 6:30 pm
Tempat   : Akademi Serantau Majlis Sukan Negara Pulau Pinang


Mesyuarat Akademi Serantau Majlis Sukan Negara (ASMSN)

Perbincangan bersama kakitangan Akademi melibatkan penyelarasan tugas bagi memudahkan proses di peringkat Akademi yang mana melibatkan urusan Akademi, kewangan dan pentadbiran. Melalui perbincangan, berikut merupakan tugas- tugas yang akan dilaksanakan oleh kakitangan Akademi :

1. Pn Fatimah Jamil (Pengurus Akademi)
  - Pengurusan Akademi

2. Pn Noor Marina (Pembantu Tadbir)
  - Kewangan
  - Maklumat jurulatih serta maklumat berkaitan kontrak, cuti, pergerakan jurulatih

3. En. Hafiz (Pembantu Tadbir)
  - Pentadbiran/ Inventori
  - Maklumat Atlet
  - Surat menyurat
  - Membantu pergerakan atlet

4. En. Adnan (Warden)
  - Warden Akademi serta pergerakan atlet

Melalui mesyuarat ini juga turut dibincangkan cara penggunaan email yang betul dan penggunaan blog Akademi.

Penambahbaikan Akademi

- Urusan untuk mengecat Akademi telah dilaksanakan melibatkan dewan makan   kedua, tangga besi serta tiang balkoni setiap rumah dan koridor berhadapan pintu   utama


- Karpet telah diperolehi sebanyak 20 unit dan di tempatkan di setiap ruang tamu rumah serta  
pejabat.


- Barang - barang dari ASZS yang tidak boleh diguna pakai telah dilupuskan.


- Pemasangan 2 unit Coway telah selesai dan ditempatkan diruang bilik rehat dan 

 dewan makan.


Perkara yang belum dilaksanakan bagi penambahbaikan Akademi

- Sebut harga papan tanda hadapan pintu masuk  Akademi, pembaikan
 paip dan pintu akan diserahkan selewatnya minggu ini bagi memudahkan proses.


- Pemasangan paip untuk mesin basuh belum selesai dan masih mencari harga yang sesuai bagi pemasangan tersebut.


Isu Berbangkit

- Masalah internet yang tidak berfungsi dengan baik dan kerap kali
 tidak dapat digunakan.

Melalui perbincangan, pada malam ini akan diadakan perjumpaan bersama atlet bagi membincangkan isu - isu melibatkan latihan, makan, persekolahan dan akademi. Turut diadakan perjumpaan bersama pihak katerer pada esok pagi. Pada hari ni juga, 2 sukan telah melapor diri bagi pengambilan tahun 2014 melibatkan Sukan Angkat Berat dan Tinju.


Sekian