Tuesday, August 26, 2014

Perjumpaan bersama jurulatih Program Pelapis Serantau Sempena Mesyuarat Penilaian Prestasi Atlet Setengah Tahun 2014

Tarikh : 25 Ogos 2014
Tempat : Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Pulau Pinang

Seperti kebiasaan perjumpaan bersama keseluruhan jurulatih yang terlibat dibawah Program Pelapis Serantau telah dijalankan sempena dengan Mesyuarat Penilaian Prestasi Atlet Setengah Tahun bagi tahun 2014. Jurulatih-jurulatih daripada sukan Angkat Berat, Memanah, Olahraga, Berbasikal, Tinju, Taekwondo dan juga Gimnastik Artistik telah hadir daripada seluruh pusat latihan diseluruh negara. Perjumpaan juga turut dihadiri oleh jurulatih-jurulatih baru seperti En Poad bagi sukan olahraga serta jurulatih luar negara yang baru dilantik iaitu Lanchezar bagi sukan gimnastik dan juga Sarandaliev bagi sukan angkat berat kedua-duanya dari Bulgaria.

Pelbagai isu yang telah dibincangkan meliputi aspek pentadbiran serta pengkhususan sukan telah dibincangkan sebelum setiap jurulatih akan membentangkan prestasi atlet masing-masing didalam perbentangan mengikut sukan yang akan bermula esok. Pihak Unit Pelapis Serantau juga telah mengingatkan kepada setiap jurulatih mengenai perancangan unit serta keperluan untuk mempersiapkan atlet ke temasya utama peringkat remaja seperti Asian Youth Games (AYG), Commonwealth Youth Games (CYG) dan Youth Olympic Games (YOG) yang telah menjadi KPI utama pihak Cawangan Pelapis.

Perjumpaan tamat jam 9.30 dan perbentangan esok akan dimulakan dengan sukan memanah terlebih dahulu yang akan dibentangkan oleh Jeffrey Low dan juga Izzudin yang merupakan jurulatih penuh masa dibawah program.

Sekian



--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

 


Wednesday, August 13, 2014

STATUS PEMBINAAN GELANGGANG TINJU AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA

Salam

Pembinaan Gelanggang Tinju di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara telah memasuki fasa akhir yang mana 95 peratus telah siap. Kini hanya melaksanakan kerja-kerja pendawaian yang dijangka siap pada 18 Ogos 2014. Kerja pembinaan gelanggang ini telah mengambil masa lebih 2 bulan bermula 19 Jun 2014. Sebahagian ruang di kawasan gelanggang tinju ini juga akan digunakan sebagai tempat latihan angkat berat yang mana ia ruang yang dikhaskan untuk tempat latihan angkat berat mampu menempatkan 6 platform. Menariknya, kawasan akademi kini akan lebih didedahkan dengan tempat latihan yang berdekatan dan memudahkan pergerakan atlet. Selain itu, dengan adanya gelanggang ini memberi kelebihan untuk penganjuran sesuatu kejohanan serta latihan pendedahan.