Friday, December 26, 2014

LATIHAN PUSAT DAN PEMILIHAN ATLET TINJU KE PROGRAM PELAPIS SERANTAU : HARI PERTAMA

Hari pertama Latihan Pusat dan Pemilihan Atlet Tinju Ke Program Pelapis Serantau 2015 bertempat di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Pulau Pinang berjalan lancar dimana atlet atlet tinju yang dipilih dari Pusat Latihan Negeri melaporkan diri.

Hari pertama program hanya dijalankan pada malam setelah semua atlet melaporkan diri pada sebelah petang. Sedikit penjelasan dan pencerahan berkenaan program oleh Pengurus Sukan Pelapis Serantau dan dibantu oleh Pengurus ASMSN serta jurulatih selaku panel pemilih.

Atlet yang hadir akan menjalani latihan bersama disamping mempelajari secara teori dan praktikal berkenaan sukan tinju. Latihan pusat ini akan diadakan selama 7 hari dimana 2 hari terakhir atlet akan diberi ujian spesifik dan ini membolehkan jurulatih memilih atlet yang berpotensi untuk diserapkan ke Program Pelapis pada tahun 2015. 

Laporan disediakan oleh,
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU

Saturday, December 13, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2 2014 : HARI TERAKHIR (PELAPIS SERANTAU)


Hari terakhir kejohanan hanya melibatkan 2 kategori lelaki dan 2 kategori wanita. Atlet dari Pelapis Serantau yang terlibat adalah Siti Aisyah Rosli dan Jabriella Teo Samuel yang bertanding bagi kategori Wanita 75kg.

Berikut adalah keputusan bagi hari terakhir kejohanan yang melibatkan atlet dari Pelapis Serantau.:-

Kategori Wanita 75kg

Snatch
1. Siti Aisyah Bt Rosli (1995) PS KG
2. Jabriella Teo Samuel (1998) - PS 75kg
3. Nurafikah Nadrah (1998)- SEL 61kg
  
Clean & Jerk
1. Jabriella Teo Samuel (1998) - PS 100kg
2. Siti Aisyah Rosli (1995) - PS 96kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) - SEL 71kg

Keseluruhan
1. Jabriella Teo Samuel (1998) - PS 175
2. Siti Aisyah Rosli (1995) - PS 172kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) - SEL 132kg

Kategori Wanita 75kg

Snatch
1. Siti Aisyah Bt Rosli (1995) - PS KG
2. Jabriella Teo Samuel (1998) - PS 75kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) - SEL 61kg

Clean & Jerk
1. Jabriella Teo Samuel (1998) - PS 100kg
2. Siti Aisyah Rosli (1995) - PS 96kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) - SEL 71kg

Keseluruhan
1. Jabriella Teo Samuel (1998) - PS 175
2. Siti Aisyah Rosli (1995) - PS 172kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) - SEL 132kg

Tamat kejohanan yang berlangsug selama 3 hari dimana atlet Pelapis Serantau menunjukkan prestasi yang baik dan memperbaharui angkatan masing masing. Jumlah pingat yang dibawa pulang oleh atlet dari Pelapis Serantau adalah 5 emas, 4 perak dan 10 gangsa.

Laporan oleh,
Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain
Pengurus Sukan Pelapis Serantau

Wednesday, December 10, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2 2014 (PELAPIS SERANTAU) : HARI PERTAMA

Hari pertama kejohanan berlangsung bermula pada pukul 8 pagi dimana sebanyak 5 kategori dipertandingkan. 3 atlet dari Pelapis Serantau juga turut bertanding bagi kategori masing masing.

Berikut adalah keputusan hari pertama kejohanan yang melibatkan atlet atlet dari Pelapis Serantau:-

Keputusan Kategori Lelaki 52kg

Snatch
Emas : Mohd Azroy Wafie (Pahang) - 105kg
Perak : Mohd Suzaimy Nizam (Johor) - 95kg
Gangsa : Ronny Jesos (Serantau P.Pinang) - 93kg

Clean & Jerk 

Emas : Mohd Azroy Wafie (Pahang) - 125kg
Perak : Ronny Jesos (Serantau P.pinang) - 120kg

Gangsa : Muhd Zahrul Nizam (Pahang) - 115kg

Keputusan Lelaki 62kg

Snatch
1. Elvander Ruth John (1996) - PK - 109kg
2. Mohd Shafiq Shafie (1994) - Perlis - 108kg
3. Mohd Zaidi Mohd Noordin (1997) - PS - 104kg

Clean & Jerk

1. Mohd Zaidi Mohd Noordin(1997) - PS 141kg
2. Elvander Ruth John (1996) - PK 131kg
3. Mohd Shafiq Shafie (1994) - Perlis 126kg

Jumlah Angkatan Keseluruhan

1. Mohd Zaidi Mohd Noordin (1997) - PS 245kg
2. Elvander Ruth John (1996) - PK 240kg
3. Mohd Shafiq Shafie (1994) - Perlis 234kg

Wanita 48kg

Snatch

1. Elly Cascandra Engelbert (1999) - PS 60kg
2. Nor Ainul Jannah Iman (1988) - ATM 56kg
3. Nurnadia Nordin (1988) - ATM 50kg

Clean & Jerk

1. Norainul Jannah Iman (1988) - ATM 72kg
2. Elly Cascandra Engelbert (1999) - PS 72kg
3. Nornadia Nordin (1988) - ATM tiada angkatan

Jumlah Angkatan Keseluruhan

1. Elly Cascandra Engelbert (1999) - PS 132kg
2. Norainnul Jannah Iman (1988) - ATM 128kg

Hari kedua akan bersambung dimana sebanyak 6 kategori akan dipertandingkan iaitu Lelaki 77kg, 88kg, 94kg dan Wanita 58kg,63kg dan 69 kg. Seramai 5 orang atlet dari Pelapis Serantau akan turun bertanding bagi kategori masing masing.

Laporan oleh,
Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain
Pengurus Sukan Pelapis Serantau

Tuesday, December 9, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2 2014 (PELAPIS SERANTAU)

Pada 8 hingga 11 Disember 2014 akan berlangsung Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2 2014 yang diadakan di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu. Kejohanan melibatkan penyertaan dari atlet seluruh negara terdiri dari atlet pelapis negeri hingga atlet elit. Pelapis Serantau turut mengambil bahagian dengan menghantar seramai 11 orang atlet dan 5 orang jurulatih / pegawai pada kejohanan kali ini.

Sesi Mesyuarat pengurus yang diadakan pada sebelah petang 8hb berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Pada 9 Disember akan menyaksikan seramai 3orang atlet dari Pelapis Serantau mengambil bahagian bagi kategori Lelaki  56kg (Roney Jesus), 62kg (Mohd Zaidi) dan Wanita 48kg( Elly Cascandra). Turut diadakan juga upacara perasmian kejohanan yang akan dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Laporan disediakan oleh,
Ahmad Norzahin Bin Mohamed Zain,



Pengurus Sukan Pelapis Serantau

Monday, December 1, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3 2014 : HARI TERAKHIR

Hari terakhir Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 hanya melibatkan seorang peninju dari Pelapis Serantau yang beraksi. Kesemua 18 perlawanan adalah peringkat akhir. Peninju, Hasnizam Bah Angin telah turun beraksi menentang peninju dari Kelantan bagi kategori 52-54 kg, 15 -16 tahun.

Perlawanan dimenangi oleh peninju Kelantan melalui kiraan mata setelah habis 4 pusingan. Ini menyaksikan Hasnizam hanya membawa pulang pingat perak. Berikut adalah keputusan dan pungutan pingat bagi atlet Pelapis Serantau pada kejohanan ini:-

Kategori 44-46kg
Mohd Fikrie - Pingat Emas

Kategori 52-54kg
Hasnizam - Pingat Perak

Kategori 49-52kg
Mohd Aiman - Pingat Gangsa

Kategori 64 - 69kg
Stevieromouldo - Pingat Gangsa
Laporan disediakan oleh,
Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3 2014 : HARI KETIGA

Pada hari ketiga kejohanan, 2 orang peninju dari Pelapis Serantau telah beraksi. Peninju pertama, Mohd Fikrie menentang peninju dari Kuala Lumpur ,17-18 tahun bagi kategori 44-46 kg. Keputusan berpihak kepada Mohd Fikrie dengan kemenangan TKO.

Perlawanan kedua menyaksikan peninju, Hasnizam Bah Angin menentang peninju dari Singapura bagi kategori 56kg,15-16 tahun peringkat separuh akhir. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan kepada Hasnizam dengan kiraan mata sekaligus layak ke akhir.
Hari terakhir kejohanan akan menyaksikan seorang peninju dari Pelapis Serantau beraksi menentang peninju dari Kelantan.
LAPORAN OLEH,
AHMAD NORZAHIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU