Monday, October 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA, PULAU PINANG

Tarikh    : 25 Oktober 2014
Masa      : 6:00 am - 7:00 pm
Tempat  : Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Pulau Pinang

Pemantauan di Akademi Serantau dilakukan bagi meninjau keadaan kawasan akademi, pemakanan serta keadaan atlet.  Berikut merupakan maklumbalas bagi pemantauan di Akademi Serantau :

Kakitangan Akademi Serantau

1. 1 Pengurus Asrama
2. 1 Warden Asrama
3. 2 Pembantu Tadbir

Atlet

1. Sukan Berbasikal (5 atlet wanita)
2. Sukan Angkat Berat (6 atlet lelaki dan 2 atlet wanita)
3. Sukan Tinju (10 atlet lelaki)
4. Sukan Memanah (3 lelaki)
5. Sukan Taekwondo (3 lelaki 2 wanita)
6. Sukan Olahraga (9 atlet lelaki 2 atlet wanita)

Jurulatih

1. Sukan Berbasikal (2 JPM)
2. Sukan Angkat Berat (1 JLN,2 JPM)
3. Sukan Tinju (1 JLN)
4. Sukan Memanah (2 JPM)
5. Sukan Taekwondo (1 JPM)
6. Sukan Olahraga (1 JLN, 5 JPM)

Persekitaran Akademi

Melalui pemantauan terdapat beberapa inisiatif keceriaan telah dilaksanakan seperti pembinaan kolam ikan, peti kunci untuk simpanan kunci asrama, senarai nama atlet mengikut rumah, penambahan tanaman pokok bagi keceriaan akademi. Antara perkara yang perlu diberi tumpuan  adalah kebersihan longkang disekitar akademi memandangkan telah berbau dan agak kotor. Ruang pejabat serta bilik atlet dalam keadaan kemas dan teratur. Melalui perbincangan bersama kakitangan akademi akan mengambil tindakan bagi pembersihan kawasan longkang serta akan mengadakan gotong royong 2 minggu sekali bagi memastikan kebersihan kawasan akademi.

Pemakanan

Pada sesi pemantauan ini, kawasan dewan makan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Makanan sarapan pagi pada hari ini masih  lewat sedangkan waktu sarapan adalah 6:30 am dan makanan yang tiba adalah pada jam 7:00 am. Ini menyukarkan atlet yang menjalani latihan awal untuk bersarapan.

Pada sesi petang juga, Akademi Serantau dimeriahkan dengan kesudian Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah iaitu Encik Terrance Edward Pudin. Tujuan lawatan beliau adalah untuk memantau atlet Sabah yang berada dalam Program Pelapis Serantau. Melalui maklumbalas yang diterima, beliau menyokong sepenuhnya program yang kini dilaksanakan.

Sekian


Wednesday, October 1, 2014

LAPORAN PENGLIBATAN ATLET PELAPIS SERANTAU DI KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 02/2014

Tarikh                         :   23 - 27 September 2014
Tempat                       :   RTC, Kota Bharu, Kelantan
Tempat  Penginapan   :   Hotel Ridel Boutique, Wakaf Che Yeh.

Kehadiran
1. 10 atlet
2.  En. Adnan Bin Mat - Pegawai Pengiring
3.  Cik Fatimah Binti Jamil - Pegawai Pengiring

Laporan ringkas :

22 Sept 2014 

Atlet Pelapis Serantau bersama Pegawai Pengiring telah berangkat dari Pulau Pinang pukul 8.30 pagi dan sampai di tempat penginapan pukul 2.45 petang.

5.00 ptg  - Membawa atlet-atlet menjalani latihan ringan berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan.  Selaku Pegawai Pengiring diakhir waktu membekalkan kata-kata semangat untuk persediaan pada 24 Sep 2014. 

23 Sept 2014 

Memantau latihan yang dijalankan oleh atlet di hadapan kawasan hotel dari 7.00 pg hingga 8.30 pg yang  di ketuai oleh atlet Adrian Junior James. Jenis-jenis latihan yang dijalankan seperti berikut:

1.  Larian selama 20 minit
2.  Shadow Boxing
3.  Light Sparring
4.  Cooling down

Selaku Pegawai Pengiring diakhir sesi latihan telah mengadakan Sesi Motivasi dengan membekalkan kata-kata semangat.

Sebelum bersurai atlet yang berugama islam membaca doa memohon semuga  dilindungi ALLAH dan selamat sepanjang program dijalankan. Aamiin..

5.00ptg  - Menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan.


LAPORAN KEJOHANAN :

Hari Pertama : 24 Sept 2014
Timbang Berat dan diikuti dengan Undian Pertandingan. Tarikh Kejohanan dan acara-acara yang melibatkan Atlet Pelapis Serantau seperti berikut :

Kategori Umur 15 - 16 Tahun - 2 Atlet :
1.   Hasnizam A/L Bah Angin (54kg)

1.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : 
Hasnizam (SRT A) Vs Mohd Hakimin (Kel) - SRT A Menang

1.2.  Tarikh Kejohanan - 26 Sep 2014 : 
Hasnizam (SRT A) Vs Muhammad Nurman (Pah) SRT A Menang

1.3.  Tarikh Kejohanan - 27 Sep 2014 (Akhir) : 
Hasnizam (SRT A) Vs Ahmad Adib (Prk) - SRT A Menang (EMAS) 

2.  Muhammad Ashri (60kg)
2.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : Bye
 
2.2.  Tarikh Kejohanan - 25 Sep 2014 : 
Muhammad Ashri (SRT A) Vs Mohd Akmal (Felda) - SRT A Menang

2.3.  Tarikh Kejohanan - 26 Sep 2014 : 
Muhammad Ashri (SRT A) Vs Muhamad Akram (Trg) - SRT A Menang

2.3.  Tarikh Kejohanan - 27 Sep 2014 (Akhir) : 
Muhammad Ashri (SRT A) Vs Muhamad Alamin (Ked) - SRT A Menang (EMAS)


Kategori Umur 17 - 18 Tahun - 7 atlet :

1.   MUHAMAD SHAFIQ (46kg)
1.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : Bye

1.2.  Tarikh Kejohanan - 25 Sep 2014 : 
Muhamad Shafiq (SRT B) Vs Mohd Sanusi (Kel) - SRT A Menang

1.3.  Tarikh Kejohanan - 27 Sep 2014 (FINAL) : 
Muhamad Shafiq (SRT B) Vs Mohd Shariff (PK) - SRT A Kalah (PERAK)


2.   MUHAMAD FIKRIE (46kg)
2.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : Bye

2.2.  Tarikh Kejohanan - 25 Sep 2014 (SEMIFINALS) : 
Muhamad Fikrie (SRT A) Vs Mohd Shariff (PK) - SRT A Kalah (GANGSA)


3.   MOHAMAD HANIF (49kg)
3.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : 
Muhamad Hanif (SRT B) Vs Mohd Safuan (Felda) - SRT B Kalah


4.   MUHAMAD AIMAN (52kg)
4.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : 
Muhamad Aiman (SRT A) Vs Mohd Afiq (Felda) - SRT A Menang

4.2.  Tarikh Kejohanan - 25 Sep 2014 (SEMIFINALS) : 
 Muhamad Aiman (SRT A) Vs Mohd Hafiz (PK) - SRT A Kalah (GANGSA)


5.   ALEXSON TIONG (56kg)
5.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : 
Alexson Tiong (SRT B) Vs Mohamad Nasaruddin (Kel) - SRT A Kalah


6.   ADRIAN JUNIOR JAMES (64kg)
6.1.  Tarikh Kejohanan - 27 Sep 2014 (FINAL) : 
 Adrian Junior James (SRT A) Vs Muhamad Azhari (NS) - SRT A Kalah (PERAK)


7.   STIVEROMOULDO TANG CIA CHEN  (69kg)
7.1.  Tarikh Kejohanan - 24 Sep 2014 : 
Stiveromouldo (SRT A) Vs Mohd Azri (Felda) - SRT A Menang

7.2.  Tarikh Kejohanan - 26 Sep 2014 (FINAL) : 
Stiveromouldo (SRT A) Vs Muhammad Hudzaifah(Sab) - SRT A Kalah (PERAK)

Hanya 9 atlet yang bertanding kerana seorang atlet cedera (Theena Thayalan A/L Raja Selvan).

27 Sep 2014 - Perjumpaan dan Sesi "Brain Storming" bersama atlet sebelum berangkat balik ke Pulau Pinang pada keesokan harinya.  Selaku Pegawai Pengiring telah berjanji akan meraikan kejayaan mereka setelah balik ke Pulau Pinang nanti dan memberi ulasan kepada prestasi dan kesilapan yang perlu diperbaiki untuk setiap atlet.


KEPUTUSAN KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI :

EMAS - 2 
PERAK - 3
GANGSA - 2



Sekian 

Disediakan oleh :

Fatimah Binti Jamil