Friday, December 14, 2012

Laporan Hari Terakhir Sukan Memanah Karnival Remaja Kebangsaan 02/2012 Shah Alam.


Tarikh : 14 Disember 2012 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.45 tengahari.
Tempat : Padang B, Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Sukan Memanah KRK 2/2012 Shah Alam telah memasuki hari terakhir dengan pusingan Olimpik Round individu lelaki dan wanita. Kejohanan bermula seawal jam 7.30 pagi dengan latihan rasmi selama 45 minit untuk sesi pemanasan badan sebelum saingan sebenar berlangsung tepat jam 8.30 pagi.

Berikut adalah keputusan kejohanan :-

Peringkat 1/32 Individu Lelaki (OR)

Mohd Norhairul Nizam (PS) layak ke peringkat 1/16 dengan mendapat bye.

Mohd Nur Safwan (PS) layak ke peringkat 1/16 dengan mendapat bye.

Chan Ren Ken (PS) layak ke peringkat 1/16 dengan mengalahkan Muhammad Zainurrin (Melaka) dengan mata 6-0.

Mohd Afiq Qayyum (PS) layak ke peringkat 1/16 dengan mendapat bye.

Mohd Ikram Joni (PS) layak ke peringkat 1/16 dengan mendapat bye.

Nur Arif Azli (PS) layak ke peringkat 1/16 dengan mendapat bye.

Peringkat 1/16 Individu Lelaki (OR)

Mohd Norhairul Nizam (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan mengalahkan mohd Azreen (labuan) dengan mata 7-1.

Chan Ren Ken (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan mengalahkan kawan sepasukan Muhammad Nur Safwan (PS) dengan mata 7-1.

Mohd Afiq Qayyum (PS) gagal ke peringkat seterusnya apabila tewas pada lawan Mohd Aidid Azizi (KL) dengan mata 3-7.

Muhammad Ikram Joni (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan mengalahkan Muhammad Haziq (Jhr) dengan mata 6-0.

Nur Arif Azli (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan mengalahkan Muhammad Aiman (KL) dengan mata 6-0.

Peringkat 1/8 Individu lelaki (OR)

Mohd Norhairul Nizam (PS) layak ke peringkat suku akhir (1/4) dengan mengalahkan Noor Aiman (PP) dengan mata 7-3.

Chan Ren Ken (PS) tewas kepada lawan Ahmad Afiq (Sbh) dengan mata 0-6.

Muhammad Ikram Joni (PS) layak ke peringkat suku akhir (1/4) dengan mengalahkan Mohd Aidid Azizi dengan mata 6-2.

Nur Arif Azli (PS) layak ke peringkat suku akhir (1/4) dengan mengalahkan Koh Zhen Hau (slgr) dengan mata 7-1.

Peringkat Suku Akhir (1/4) Individu Lelaki

Mohd Norhairul Nizam (PS) layak ke peringkat separuh akhir (1/2) dengan mengalahkan Ahmad Afiq (Sbh) dengan mata 6-5.

Muhammad Ikram Joni (PS) layak ke separuh akhir (1/2) dengan mengalahkan Mohd Adam Omar (PP) dengan mata 7-1.

Nur Arif Azli (PS) tewas pada peringkat separuh akhir (1/4) kepada Muhammad Idris (Slgr) dengan mata 1-7.

Peringkat Separuh Akhir (1/2) Individu lelaki

Mohd Norhairul Nizam (PS) layak ke akhir apabila mengalahkan rakan sepasukan Mohd Ikram Joni (PS) dengan mata 6-4.

Peringkat Akhir Individu Lelaki

Mohd Norhairul Nizam (PS) dinobatkan sebagai pemenang apabila mengalahkan Muhammad Idris (Slgr) dengan mata 6-2.

Emas - Mohd Norhairul Nizam (PS)
Perak - Muhammad Idris (Slgr)
Gangsa - Mohd Ikram Joni (PS)

Secara keseluruhan pasukan Pelapis Serantau Utara telah mengutip kilauan pingat sebanyak 7 emas, 1 perak dan 2 gangsa bagi semua acara.

Sekian,Terima Kasih

Laporan dari Shah Alam
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 13, 2012

Laporan Hari Ketiga Sukan Memanah Karnival Remaja Kebangsaan 02/2012 Shah Alam.


Tarikh : 13 Disember 2012 (Khamis)
Tempat : Padang B, Dataran Kemerdekaan,Shah Alam
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Karnival Remaja Kebangsaan 2/2012 Shah Alam telah masuk hari ketiga bagi sukan memanah dimana melibatkan acara kat I untuk jarak 50 meter dan 30 meter bagi recurce lelaki dan wanita. Keadaan cuaca pagi ini panas terik pada sebelah pagi.

Berikut disertakan keputusan rasmi :-

Jarak 50 Meter Recurve Lelaki
Emas - Mohamad Norhairul Nizam (PS) - 319
Perak - Billdean Bonilung (Sbh) - 316
Gangsa - Muhammad Nur Safwan (PS) - 314

Jarak 30 Meter Recurve Lelaki
Emas - Mohd Ikram Joni (PS) - 344
Perak - Adam Wong (Sabah) - 343
Gangsa - Ahmad Afiq (Sabah) - 340

Keputusan FITA Lelaki Individu Keseluruhan
Emas - Mohd Norhairul (PS) - 1248
Perak - Billdean (Sabah) - 1243
Gangsa - Muhd Idris (Slgr) - 1237

Keputusan Berpasukan Lelaki
Emas - Pelapis Serantau - 3688
Perak - Sabah - 3644
Gangsa - Selangor - 3564

Jarak 50 Meter Recurce Wanita
Emas - Loke Shui Hui (PS) - 302
Perak - Nur Atiqah (Melaka) - 300
Gangsa - Nurshafika (Kltn) - 299

Jarak 30 Meter Recurve Wanita
Emas - Nor Azuanis (Kltn) - 331
Perak - Nur Atiqah (Melaka) - 331
Gangsa - Nur Azirah (Perak) - 330

Keputusan FITA wanita Individu Keseluruhan
Emas - Nuur Shafika (Kltn) - 1228
Perak - Loke Shin Hui (PS) - 1216
Gangsa - Nur Atiqah (Melaka) - 1211

Keputusan Berpasukan Wanita
Emas - Pelapis Serantau - 3587
Perak - Kelantan - 3403
Gangsa - Johor - 3363

Kejohanan memanah bagi saingan FITA tamat dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan dari Shah Alam
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 12, 2012

Laporan Harian Sukan Memanah Karnival Remaja Kebangsaan 02/2012 Shah Alam.


Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Tempat : Padang B, Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masa : 08:00 pagi hingga 12:00 tengahari

HARI KEDUA (PAGI)

Karnival Remaja Kebangsaan 02/2012, Shah Alam membuka tirai secara rasminya pada sebelah pagi dengan jarak 9o meter & 70 meter (lelaki) dan jarak 70 meter & 60 meter (wanita) bagi kategori kat I.

Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 8.00 pagi selama 1 jam sebelum memulakan saingan sebenar pada jam 9.00 pagi. Seramai 15 atlet dari ASZU dan ASZS yang terlibat dalam kejohanan pada kali ini.

Berikut disertakan keputusan rasmi untuk jarak 90M & 70M Recurve Lelaki dan 70M & 60M Recurve Wanita.

Jarak 90 Meter Recurve Lelaki
Emas - Nur Arif Azli (PS) - 284
Perak - Muhammad Idris Shah (Slgr) - 284
Gangsa - Billdean Bonilung (Sbh) - 280

Jarak 70 Meter Recurve Lelaki
Emas - Mohd Norhairul Nizam (PS) - 320
Perak - Mohd Ikram Joni (PS) - 320
Gangsa - Adam Wong (Sbh) - 316

Jarak 70 Meter Recurve Wanita
Emas - Nur Aliya Ghapar (PS) - 293
Perak - Nurshafika Shamsudin (Kltn) - 290
Gangsa - Caryn Sim Zia ling (Jhr) - 285

Jarak 60 Meter Recurve Wanita
Emas - Loke Shin Hui (PS) - 310
Perak - Nurshafika Shamsudin (Kltn) - 310
Gangsa - Sunantra A/P Su Chat (PS) - 304

Kejohanan pada sebelah pagi tamat pada jam 12:30 tengahari dan akan disambung sebelah petang dengan kategori II lelaki dan wanita.

Sekian,Terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Saturday, October 13, 2012

AKTIVITI GOTONG ROYONG ASZU


Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Kuarters Institut Pendidikan (KIP) Desa Damai.

Pihak pentadbiran ASZU telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti gotong royong di akademi baru iaitu Kuarters Institut Pendidikan (KIP) Desa Damai. Aktiviti ini adalah salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang kami rangka dimana akan dijadikan salah satu tentatif akademi. Dalam aktiviti ini juga pihak pentadbiran telah melibatkan pelbagai pihak sebagai tenaga kerja seperti warden,jurulatih dan atlet sendiri.

Antara objektif aktiviti adalah berfokus kepada keceriaan dan kebersihan kawasan KIP yang mana kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membasuh dan membersih kawasan dalaman dan luaran rumah, mengecat tiang koridor, membasuh halaman setiap tangga, memotong rumput serta membersih,mengutip sampah di persekitaran luar bangunan. Di samping itu juga aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silahturahim antara satu sama lain.

Pada pukul 12.00 tengahari, jurulatih dan atlet berhenti rehat seketika untuk menjamah juadah tengahari yang telah disediakan oleh pihak caterer. Setiap jurulatih dan atlet berselera menjamu makanan yang disediakan.
Tepat jam 2.00 petang, aktiviti bersambung seperti biasa bagi menyelesaikan segala tugasan-tugasan yang telah diberikan. Segala kerja-kerja pembersihan dipantau oleh Encik Adnan bin mat selaku warden akademi. Semua aktiviti pembersihan kawasan selesai dengan jayanya pada jam 5.00 petang. Semasa aktiviti dijalankan hujan renyai turun membasahi bumi.

Secara keseluruhannya, program berbentuk kemasyarakatan ini telah berjaya mencapai objektifnya. Aktiviti ini mencetuskan kesedaran pada setiap atlet bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang ceria dan bersih. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih dan atlet yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga kepada warden akademi Encik Adnan Bin Mat yang banyak membantu melancarkan perjalanan program.

Sekian,Terima Kasih





Thursday, August 30, 2012

Sesi taklimat kemasukan baru atlet Pelapis Serantau ke Kolej AUCMS.

Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Masa : 10.30 am - 12.45 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat AUCMS, Kepala Batas, Pulau Pinang

Satu sesi taklimat antara atlet bersama pihak Kolej Universiti AUCMS yang dipengerusikan oleh Encik Nurul Akmal Bin Azizan selaku Pengarah Pusat Sukan Kolej Universti AUCMS telah diadakan yang mana ia bertujuan memberi penerangan cara-cara untuk mengisi borang pendaftaran bagi kemasukan bulan September atau Oktober 2012. Selain itu, pihak AUCMS juga memberi sedikit maklumat berkenaan kos yang dipilih oleh setiap atlet. Disamping itu juga, pihak Kolej Universiti turut menawarkan pembiayaan 100 peratus bagi atlet yang mewakili Malaysia dan 50 peratus bagi yang mewakili Negeri dan 25 peratus bagi yang mewakili kolej tersebut. Setelah selesai sesi taklimat atlet dibawa melawat setiap makmal dan bilik pembelajaran bagi memberi gambaran sebenar sebelum memulakan sesi pengajian. Untuk makluman seramai 6 orang atlet yang terdiri daripada 4 atlet angkat berat, 1 atlet olahraga dan 1 atlet memanah yang berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma.

Sekian,Terima Kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 9, 2012

LAPORAN HARI KEDUA MESYUARAT PENILAIAN ATLET PELAPIS SERANTAU 2012

Tarikh. : 09 Ogos 2012
Masa : 9:00 am - 12:30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat New York Hotel

9:00 - 12:30 pm

Sesi pembentangan penilaian prestasi atlet diteruskan pada hari kedua yang mana hanya sukan Berbasikal yang terlibat. Dua jurulatih dari ASZU iaitu Eddie Nor Shamshidie dan PLS Ipoh iaitu Jamaludin Omar membuat pembentangan bagi atlet Berbasikal masing- masing.

Agenda :

i. Penilaian prestasi atlet sepanjang 6 bulan pertama 2012
ii. Penambahan dan pengguguran atlet.
iii.Status pembekalan peralatan
iv.Kejohanan dan cadangan kejohanan yang disertai sepanjang 6 bulan seterusnya tahun 2012

Pada sesi ini, prestasi dan status terkini atlet akan direkodkan dan dimajukan untuk rujukan dan perbincangan di peringkat Cawangan. Pada hari ini,telah selesai sesi pembentangan semua sukan.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 8, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA MESYUARAT PENILAIAN ATLET PELAPIS SERANTAU 2012

Tarikh   : 8 Ogos 2012 ( Rabu )

Tempat : Bilik Mesyuarat New York Hotel, Johor Bahru.

Masa    : 8.30 am – 6.00 pm

 

8:30 am - 9:30 am

 

Encik Mohd Nor Izuwan (KUPS) mengalu-galukan kedatangan semua jurulatih Pelapis Serantau ke Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau Tahun 2012 yang melibatkan 13 orang jurulatih bagi sukan Angkat Berat,Memanah,Olahraga,Tinju dan Berbasikal. Seawal jam 8.30 am, dimulakan sesi perkenalan Pengurus Sukan baru iaitu Encik Vimalan A/L Palaniappan serta taklimat Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau 2012. Beberapa tambahan maklumat program Pelapis Serantau mengenai status perpindahan atlet ASZU ke bangunan baru (KIP) dan dijangka siap pada 31 Ogos 2012. Makluman kepada jurulatih mengenai pencapaian atlet di Sukma Pahang XV 2012 dimana seramai 82 atlet terlibat dan pungutan pingat sebanyak 49 pingat yang melibatkan 6 sukan merangkumi 17 emas, 12 perak dan 20 gangsa.

 

10:00 am – 12:00 pm

 

Sesi Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau 2012 dimulakan dengan sukan Angkat Berat yang dihadiri oleh jurulatih Mohd Aizat (ASZU), jurulatih Nordin (PLS KB) dan jurulatih Mohd Saiful Farham (ASZS). Pada sesi ini, setiap jurulatih membentangkan prestasi atlet masing-masing sepanjang tempoh 6 bulan pertama 2012. Selain itu, turut dibincangkan pengguguran dan penambahan atlet. Jurulatih juga turut mencadangkan beberapa kejohanan luar dan dalaman untuk disertai sepanjang 6 bulan seterusnya bagi tahun 2012.

 

12:00 pm – 1:00 pm

 

Sesi kedua diteruskan dengan sukan Tinju yang dihadiri oleh jurulatih Zulkefli (ASZS). Penerangan jurulatih hanya melibatkan status peralatan yang masih belum diterima sehingga hari ini serta cadangan kejohanan yang akan disertai serta perlawanan persahabatan bersama negara jiran. Bagi penilaian prestasi atlet, tidak banyak isu yang diketengahkan yang mana semua atlet adalah atlet yang baru (kemasukan 01 Mei 2012) dan hanya 4 atlet dari 9 atlet yang menyertai Sukan Malaysia XV 2012. Penilaian seterusnya akan dinilai pada 6 bulan berikutnya.

 

2:00 pm – 4:00 pm

 

Sesi petang diteruskan dengan sukan Memanah yang mana melibatkan 3 jurulatih iaitu jurulatih Mohd Gatot Tohir (ASZU), Lim Geo Pong (ASZS), Mohd Azizul Khairi (ASZS). Sesi perbentangan turut melibatkan prestasi atlet, cadangan kejohanan serta penambahan dan pengguguran atlet. Turut dibincangkan permasalahan yang kerap berlaku iaitu pemohonan lewat peralatan (arrow) dan aksesori memanah yang mana sering dipohon dalam tempoh masa yang agak singkat sebelum ke kejohanan.

 

4:30 pm – 6:00 pm

 

Sesi terakhir untuk hari ini melibatkan sukan Olahraga yang dihadiri oleh jurulatih Suhairi (SAAS), jurulatih Hazril (ASZU), jurulatih Azmi (ASZU), jurulatih Ahmad Mazlan (ASZU). Melalui laporan daripada setiap jurulatih mendapati bahawa sukar untuk mendapatkan atlet yang melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan. Antara perbentangan lain yang diusulkan oleh setiap jurulatih adalah penambahan atlet dan penglibatan atlet ke kejohanan luar.

 


Pada jam 6:00 pm, sesi penilaian prestasi atlet telah tamat yang mana melibatkan 4 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Tinju, Memanah dan Olahraga dan akan bersambung esok pada sesi pagi melibatkan satu sukan sahaja iaitu sukan Berbasikal. Pada sebelah petang akan bermula Mesyuarat Penganjuran Kejohanan Memanah Pelapis 2012. Untuk makluman, rumusan maklumat prestasi atlet Pelapis Serantau 2012 selama dua hari ini akan dilengkapkan dalam masa yang terdekat dan diedarkan sebagai rujukan dan penilaian di peringkat Cawangan.

 


Terima Kasih


Friday, August 3, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN KIP DESA DAMAI

Assalamualaikum wbt.

Tarikh : 03 Ogos 2012 (Jumaat)
Tempat : Kuarters Institut Pendidikan Bukit Mertajam. 
Masa : 11.00 pagi hingga 12.15 tengahari.

Satu perbincangan ringkas Encik Mohd Nor Izuwan (KUPS) bersama Pihak JKR SPT dan Kontraktor telah diadakan bagi membincangkan status perlaksanaan terkini berkenaan penempatan atlet di KIP tersebut. Berikut beberapa maklumbalas berkenaan projek Baikpulih Kuarters Institut Pendidikan (KIP) di Bukit Mertajam.

Kehadiran :
1. Mohd Izuwan Hj Mohd Ariffin - Ketua Unit Pelapis Serantau.
2.Syamsul Afzan Md Nor - Pengurs Sukan
3. Vimalan - Pengurus Sukan
4. Mohamad Faizal B Shahadan - Jurutera Senggara JKR SPT
5. Azirul Adzmy - Juruteknik Cawangan Elektrik Pulau Pinang
6. Encik  Amir - Wakil NZ Ideal Enteprise.
7. Mohd Azman - Wakil Elektrikal.

1. Encik Faizal (Jurutera Senggara JKR SPT) memaklumkan bahawa segala proses kerja-kerja pembaikpulihan KIP akan disiapkan segera sebelum 31 Ogos 2012 (Jumaat). Ini kerana ada beberapa bahagian proses yang belum dilaksanakan berikutan menunggu kelulusan untuk pemasangan daripada beberapa pihak yang berkenaan seperti TNB dan PBA.

2. Bagi bahagian elektrikal, pihak kontraktor masih menunggu surat "Charge Sambungan Sesala"daripada TNB untuk membuat pemasangan meter pada main board utama untuk ditarik pada setiap unit rumah. Pihak TNB juga telah memaklum bahawa pemasangan itu akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

3. Pihak JKR bersama kontraktor juga akan membuat satu perjumpaan bersama PBA SPT bagi mendapatkan kebenaran untuk pemasangan meter air baru.

4. Untuk makluman setiap unit rumah pada bahagian dalaman akan dicat pada warna asal berikutan ada bahagian-bahagian yang telah ditampal dengan simen. Bagi pentadbiran pula akan dicat pada warna yang bersesuaian agar suasana dalaman akan nampak ceria dan menarik.

5. Pada bahagian tandas juga akan diproses untuk penggantian serta pemasangan kepala paip serta shower. Bumbung tandas juga akan dibuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kesan kebocoran.

6. Di sekeliling bangunan ini juga akan dipasang sistem pagar berdawai dan pintu grill untuk keselamatan setiap penghuni. Ini juga dapat memastikan displin setiap atlet dapat dikawal serta di pantau.

Pihak MSN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang hadir pada hari ini bagi memastikan segala perancangan yang dirancang mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

Sekian.