Saturday, October 13, 2012

AKTIVITI GOTONG ROYONG ASZU


Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Kuarters Institut Pendidikan (KIP) Desa Damai.

Pihak pentadbiran ASZU telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti gotong royong di akademi baru iaitu Kuarters Institut Pendidikan (KIP) Desa Damai. Aktiviti ini adalah salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang kami rangka dimana akan dijadikan salah satu tentatif akademi. Dalam aktiviti ini juga pihak pentadbiran telah melibatkan pelbagai pihak sebagai tenaga kerja seperti warden,jurulatih dan atlet sendiri.

Antara objektif aktiviti adalah berfokus kepada keceriaan dan kebersihan kawasan KIP yang mana kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membasuh dan membersih kawasan dalaman dan luaran rumah, mengecat tiang koridor, membasuh halaman setiap tangga, memotong rumput serta membersih,mengutip sampah di persekitaran luar bangunan. Di samping itu juga aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silahturahim antara satu sama lain.

Pada pukul 12.00 tengahari, jurulatih dan atlet berhenti rehat seketika untuk menjamah juadah tengahari yang telah disediakan oleh pihak caterer. Setiap jurulatih dan atlet berselera menjamu makanan yang disediakan.
Tepat jam 2.00 petang, aktiviti bersambung seperti biasa bagi menyelesaikan segala tugasan-tugasan yang telah diberikan. Segala kerja-kerja pembersihan dipantau oleh Encik Adnan bin mat selaku warden akademi. Semua aktiviti pembersihan kawasan selesai dengan jayanya pada jam 5.00 petang. Semasa aktiviti dijalankan hujan renyai turun membasahi bumi.

Secara keseluruhannya, program berbentuk kemasyarakatan ini telah berjaya mencapai objektifnya. Aktiviti ini mencetuskan kesedaran pada setiap atlet bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang ceria dan bersih. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih dan atlet yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga kepada warden akademi Encik Adnan Bin Mat yang banyak membantu melancarkan perjalanan program.

Sekian,Terima Kasih