Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : Stadium MPSP, Jalan Betek, Sungai Rambai.
Satu sesi ujian saringan pertama telah dijalankan bagi pengumpulan data untuk Ujian Kajian Genetik Atlet Terhadap Prestasi Sukan yang diketuai oleh Dr. Ahmad Munir Che Muhammad, dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia bersama 2 orang pembantu.
Berikut atlet-atlet yang telah terpilih untuk mengikuti ujian saringan pertama untuk projek ini.
Berbasikal
1. Mohamad Fairet bin Rusli
2. Abdul Rashid Bin Ibrahim
3. Ahmad Fahmi Farhan Bin Ahmad Fuad
4. Ahmad Firdaus Bin Abdul Karim
2. Nik Hafiz Bin Nik Mohamad
3. Nik Lukmanul Hakim Bin Nik Yahaya
4. Muhammad Azwan Fahmi Bin Zuhairi
Antara aktiviti yang dijalankan pada pagi bertujuan dan mengenalpasti aspek berikut :-
1. Pendaftaran Peserta
- Kenalpasti susur galur genetik (3 generasi)
- Mengisi borang maklumat peribadi
- Mengisi borang kebenaran
2. Pengukuran berat badan, tinggi, BMI & lemak badan
3. Pengambilan sampel sel pipi atlet
- Peserta perlu membersihkan mulut terlebih dahulu
- 2 sampel akan diambil dari atlet
4. Ujian Kecergasan
- Yo-Yo intermittent test
- Hand Dynamometer
Program pada hari ini berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan semua ujian dapat dijalankan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang elok dengan bantuan serta kerjasama daripada jurulatih. Ujian saringan ke-2 untuk atlet-atlet ini akan dilakukan pada 01 Disember 2011(Khamis) untuk sukan berbasikal dan 02 Disember 2011(Jumaat) sukan olahraga dimana atlet-atlet ini akan dibawa ke makmal di USM, Kepala batas untuk ujian selanjutnya.
Sekian,Terima Kasih