Thursday, December 22, 2011

Sesi lawatan dan latihan atlet memanah dari Riau Indonesia ke Akademi Serantau Zon Utara

Tarikh : 21 hingga 23 Disember 2011
Tempat : Pusat Latihan Memanah ASZU,Politeknik Seberang Perai
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Cuaca : Baik

Seramai 2 orang pegawai,3 orang jurulatih dan 8 orang atlet dari sukan memanah daripada Dinas Pemuda dan Olahraga Provinsi Riau, Indonesia telah bertandang ke Malaysia untuk sesi latihan bersama atlet pelapis serantau. Akademi Serantau Zon Utara telah menjadi destinasi persinggahan dari pasukan memanah Riau untuk percubaan menguji kemampuan serta meninjau sejauh mana prestasi atlet sebelum menyertai kejohanan PON XVIII/2012 di Indonesia.

Latihan Dinas Pemuda dan Olahraga Provinsi Riau, Indonesia diteruskan dengan latihan jarak 70 meter dan jarak 30 meter selama 2 jam sebelum bermula sightest dan 'scoring' pada jam 10.00 pagi. Semua atlet diberi masa selama 30 minit untuk sightest sebelum bermula 'scoring' untuk double 30 meter dan 70 meter.

Berikut keputusan bagi acara double 70 meter dan 30 meter

Double 70 meter
1) Mohd Lukman Fitri bin Jasli - 584 mata
2) Jisra Arif - 580 mata
3) Siti Nor Hatika bt Ibrahim - 491 mata
Nur Naseha bt Rusli dan Muhamad Ikram bin Joni tidak bertanding disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Double 30 meter
1) Irpan Sukrilah - 591 mata
2) Razak Alhadi.R - 599 mata
3) Adi Saputra - 630 mata
4) Younggi Raufanto - 632 mata
5) Sella Triadi - 637 mata
6) Tia Arnila - 536 mata
7) Hannanie bt Jae Sung Han - 641 mata

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Dinas Pemuda dan Olahraga Provinsi Riau, Indonesia kerana memilih Akademi Serantau Zon Utara sebagai medan latihan. Pasukan memanah Riau juga menjemput dan mengalu-alukan kedatangan pasukan malaysia ke Riau untuk menjalani latihan bersama. Pasukan Riau juga melihat akan peluang untuk menyertai karnival pelapis sebagai medan ujian kepada atlet2 serta dapat menjalinkan hubungan rapat diantara Indonesia dan Malaysia. Diharap kerjasama 2 serumpun ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian.

Sunday, December 11, 2011

HARI KETIGA KARNIVAL PELAPIS NEGERI X PERLIS 2011 SUKAN ANGKAT BERAT (PELAPIS SERANTAU)




Tarikh : 10 Dis 2011

Tempat : Dewan Sek.Men Vokasional Arau Perlis

Masa : 10:00 pagi- 6:30 ptg

Hari ketiga Karnival Pelapis Negeri X Perlis 2011 bagi sukan angkat berat bermula pada jam 10:00 pagi dengan kategori wanita 44 kg ,48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg,+ 69 kg dan 75 kg. Bagi kategori lelaki pula melibatkan kategori 105 kg daan + 105 kg. Atlet pelapis serantau ASZU yang terlibat adalah Siti Aisyah Rosli(kat+ 69 kg)

Kat +69 kg wanita bawah 16 tahun

Penyertaan Atlet 1 orang

1Siti Aisyah Rosli(ASZU)

Snatch : 60 kg (emas)

Clean n Jerk : 83 kg (emas)

Sukan angkat berat melabuhkan tirai pertandingan pada jam 6:00 ptg.

Sekian.

Friday, December 9, 2011

HARI PERTAMA KARNIVAL PELAPIS NEGERI X PERLIS 2011 SUKAN ANGKAT BERAT (PELAPIS SERANTAU)





Tarikh : 08 Dis 2011
Tempat : Dewan Sek.Men Vokasional Arau Perlis
Masa : 10:00 pagi- 7:30 mlm

Hari pertama Karnival Pelapis Negeri X Perlis 2011 bagi sukan angkat berat bermula pada jam 10:00 pagi dengan kategori lelaki 50 kg ,52 kg,56 kg, 62 kg dan 69 kg. Pada karnival kali ini barisan pasukan angkat berat pelapis serantau ASZU menurunkan 3 atlet iaitu Calixtus Danius(kat 56 kg ) Francis Vinsis(kat 62 kg ) dan Siti Aisyah Rosli (kat 69 kg).
Berikut disertakan pencapaian atlet pelapis serantau ASZU:-

Kat 56 kg lelaki bawah 16 tahun
Penyertaan 9 atlet

1.Calixtus Danius (ASZU)
Snatch : 83 kg (emas)
Clean n Jerk : 106 kg (emas)

Kat 62 kg lelaki bawah 16 tahun
Penyertaan 10 atlet

2.Francis Vinsis (ASZU)
Snatch : 85 kg (gangsa)
Clean n Jerk : 100 kg (gangsa)

Seorang lagi atlet angkat berat pelapis serantau ASZU iaitu Siti Aisyah (kat 69 kg) akan bertanding pada 10 Disember 2011.

Sekian.

Syamsul Afzan.