Wednesday, April 18, 2012

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KE PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT


Tarikh : 18 April 2012 (Rabu)
Masa Pemantauan : 10.00 am - 11.00 am
Tempat : Wisma Angkat Berat, Bukit Kecil, Sungai Rambai

Kehadiran :
1. Jurulatih - 
    1.1 Wang Zhi Quan (JLN)
    1.2 Mohd Aizat Zaini (JPM)
2. Atlet - 6 orang (5 atlet lama & 1 atlet baru)
    2.1 Elisha Tan Kim Ho
    2.2 Callixtus Daunis
    2.3 Frencey Vinsis
    2.4 Elvin Elvister
    2.5 Suhaila Binti Muda
    2.6 Siti Aisyah Binti Rosli
  
Latihan
1. Teknik Snatch
2. Teknik Clean & Jerk
3. Hand Training

Ujian
Tiada ujian yang dijalankan.

Pertandingan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan
1. Masih boleh digunakan tetapi ada beberapa peralatan perlu di tambah seperti berikut :-
    1. Weightlifting Set For Men - 2 Set
    2. Weightlifting Set For Women - 1 Set

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan
1. Atlet baru dari Sabah baru melapor diri pada 16 April 2012 dan telah memulakan latihan bersama jurulatih.
2. Jurulatih memohon penambahan peralatan berikutan banyak peralatan yang lama sudah pecah.
3. Jurulatih juga berpuas hati tentang kehadiran atlet menjalani latihan pada sebelah pagi mahupun petang.

Sekian.

Monday, April 9, 2012

Ujian Kecergasan Fizikal (1RM)

Assalamualaikum.

Tarikh : 09 April 2012 (Isnin)
Tempat : Gymnasium Pulau Pinang
Kehadiran : 6 orang (1 jurulatih, 5 atlet)

Satu sesi bersama Pusat Satelit ISN Pulau Pinang telah dijalankan pada hari ini dimana melibatkan jurulatih dan atlet olahraga (balingan). Sesi ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 tengahari. Antara ujian yang diuji adalah seperti berikut:-

MAXIMUM STRENGTH
1RM Squat
1) Ng Chee Chew - 145 kg
2) Rizhan Rajmi - 140 kg
3) Mohd Alwei - 130 kg
4) Firdaus Jamen - 80 kg
5) Muhammad Azwan Fahmi - 210 kg

1RM Bench Press
1) Ng Chee Chew - 65 kg
2) Rizhan Rajmi - 72.5 kg
3) Mohd Alwei - 62.5 kg
4) Firdaus Jamen - 135 kg
5) Muhammad Azwan Fahmi - 100 kg

Ujian ini adalah bertujuan untuk menguji tahap kecergasan atlet dimana dapat menilai kekuatan otot bahagian atas dan bawah badan. Menurut perbincangan bersama jurulatih cadangan ujian ini akan dijalankan setiap bulan sekali.

Sekian.

Friday, April 6, 2012

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SIRKIT 01/2012 KELANTAN (PELAPIS SERANTAU)










Tarikh : 05 April 2012
Masa : 10.00 am-12.00 pm
Tempat : Wisma Sukan Majlis Sukan Negeri Kelantan


Hari ketiga kejohanan merupakan hari terakhir bagi Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 01/2012 Kelantan. Hanya tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kat 69 kg W, kat 75 kg W dan kat + 75 kg W. Penglibatan atlet Pelapis Serantau adalah seramai 4 atlet wanita. Berikut merupakan pencapaian atlet Pelapis Serantau :


Kat 69 kg W


1. Najwa Aqilah (PLS KB)


Snatch - 58 kg (tempat ke 4)

Clean n Jerk - tiada angkatan
Beliau berjaya memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (56 kg)


2. Norshahida Abdul Halim (ASZS)


Snatch - 70 kg (perak)
Clean n Jerk -90 kg (perak)
Beliau berjaya memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (67 kg) dan Clean n Jerk (87 kg)


Kat 75 kg W


3. Siti Aisyah Rosli (ASZU)


Snatch - 63 kg (perak)
Clean n Jerk - 80 (perak)
Beliau berjaya memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (60 kg)


Kat + 75 kg


4. Anis Aina (PLS KB)


Snatch - 63 kg (gangsa)
Clean n Jerk - tiada angkatan
Beliau berjaya memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (61 kg)


Jam 12.00 tengahari, pertandingan tamat.


Sekian.

Wednesday, April 4, 2012

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SIRKIT 01/2012 KELANTAN (PELAPIS SERANTAU)











Tarikh : 04 April 2012

Masa : 10.00 am - 4.00 pm

Tempat : Wisma Sukan Angkat Berat Kelantan


Hari kedua kejohanan melibatkan kategori 85 kg L, 94 kg L, 105 kg L, dan + 105 kg L. Seramai 2 atlet lelaki dan 2 atlet wanita dari program Pelapis Serantau bertanding pada hari ini yang mana turut serta atlet yang bertanding pada Temasya Sukan SEA Palembang 2012 iaitu Elisha Louis Tan Kim Ho. Berikut merupakan pencapaian atlet Pelapis Serantau:


Kat 58 kg W


1. Rosamira Ab Lah (PLS KB)



Snatch - 61 kg (perak)

Clean n Jerk -75 kg (perak)

Beliau berjaya memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (60 kg) dan Clean n Jerk (72 kg)


Kat 63 kg W


2. Nurshafia Irwanie (PLS KB)


Snatch - 57 kg (tempat ke 4)

Clean n Jerk -77 kg (Gangsa)

Kat 85 kg


3. Mohd Ekhwaan Abd Aziz (ASZS)


Snatch -105 kg (tempat ke 6)

Clean n Jerk -135 (tempat ke 6)



Kat 105 kg L


4. Elisha Louis Tan Kim Ho (ASZU)


Snatch - 140 kg (emas)

Clean n Jerk - 160 kg (emas)

Beliau muncul sebagai juara keseluruhan pada kategori ini dan turut memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (137 kg)


Esok merupakan hari terakhir bagi kejohanan ini yang mana 3 kategori akan dipertandingkan iaitu 69 kg W, 75 kg W dan + 75 kg.



Sekian

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SIRKIT 01/2012 KELANTAN (PELAPIS SERANTAU)






Tarikh : 03 April 2012
Masa : 10:00 am-6.00 pm
Tempat : Wisma Sukan Majlis Sukan Negeri Kelantan


Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 01/2012 Kelantan melibatkan kategori 48 kg W, 53 kg W, 62 kg L, 69 kg L dan 77 kg L. Penyertaan atlet Angkat Berat Pelapis Serantau pada hari ini adalah seramai 5 orang. Berikut merupakan pencapaian atlet Pelapis Serantau :


1. Loro Welkinson Peuji (ASZS)


Snatch – 102 kg (Emas)
Clean n Jerk – 128 kg (Perak)
Beliau telah berjaya memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (101 kg) dan Clean n Jerk (120 kg). Pada kategori ini juga, beliau muncul sebagai juara keseluruhan sekaligus menewaskan bekas atlet Elit iaitu Mohd Syafiq yang bertanding untuk pasukan ATM.

2. Mohd Hazril Huzairi (ASZS)


Snatch – 101 kg (Gangsa)
Clean n Jerk – 126 kg (gangsa)
Beliau menyamai rekod peribadi pada angkatan yang sama

3. Nurfariesha Irwana (PLS KB)


Snatch – 56 kg (Perak)
Clean n Jerk – 68 kg (Perak)
Beliau berjaya memecahkan rekod peribadi bagi angkatan Snatch (54 kg)

4. Nor Suhaila Muda (ASZU)


Snatch – 47 kg (tempat keempat)
Clean n Jerk – 58 kg (tempat keempat)
Beliau berjaya memecahkan rekod peribadi pada angkatan Snatch (45 kg) dan Clean n Jerk (55 kg)

5. Barrey Barry Englebert (ASZS)


Snatch – 95 kg (tempat ke 5)
Clean n Jerk – tiada angkatan


Sekian

Tuesday, April 3, 2012

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SIRKIT 01/2012 KELANTAN

Tarikh : 02-05 April 2012
Tempat : Wisma Sukan Majlis Sukan Negeri Kelantan

Pada kejohanan ini, seramai 8 atlet Program Pelapis Serantau dari Akademi Serantau Zon Utara Pulau Pinang dan Akademi Serantau Zon Selatan Johor akan turun bertanding bagi merebut kejuaraan pada setiap kategori masing-masing. Selain itu, turut serta iaitu 6 atlet angkat berat wanita yang berpusat di Pusat Latihan Serantau Kota Bahru Kelantan turut bertanding. Untuk makluman, Pusat Latihan Serantau Kota Bahru adalah pusat latihan baru ditubuhkan pada 15 Mac 2012 yang mana hanya menempatkan atlet Angkat Berat wanita sahaja. Semua atlet akan bertanding buat pertama kali pada tahun 2012 yang mana kejohanan ini juga merupakan kejohanan Angkat Berat yang pertama diadakan merujuk kepada Kalendar PABM. Berikut adalah maklumat atlet Angkat Berat yang akan bertanding pada kejohanan ini:



Sekian Laporan dari Kota Bahru Kelantan