Sunday, June 10, 2012

Fwd: LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA SELANGOR KE-73

Kejohanan : Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor Ke-73
Tarikh : 10 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Venue : Stadium MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

HARI KEDUA

Hari kedua kejohanan diteruskan lagi dimana sebanyak 15 acara akhir akan dipertandingkan. Acara pagi akan dimulakan dengan acara 10000 Meter Jalan Kaki Wanita Akhir. Berikut dilampirkan keputusan acara yang telah berlangsung pada hari ini :-

RALAT
Merujuk kepada keputusan semalam selepas penelitian dan semakan daripada Photo Finish didapati terdapat sedikit kesilapan teknikal yang melibatkan acara 4x100 Meter Lelaki Akhir.

4x100 Meter (Lelaki Akhir)
1. Sabah - 41.84 saat
2. Negeri Sembilan - 42.11 saat
3. Terengganu - 42.28 saat

10000 Meter Jalan Kaki (Wanita Akhir)
1. Elena Goh Ling Yin (SSBJ) - 54:4580 saat
2. Song Gie Chee (Pelapis Kebangsaan) - 55:30.73 saat
3. Pua Ling En (SSBJ) - 56:17.20 saat

10000 Meter (Lelaki Akhir)
1. Shevan Rajoo (Negeri Sembilan) - 35:11.68 saat
2. Elanggovan G (A.R.C) - 35:34.20 saat
3. Gouranithyaa (Pulau Pinang) - 36:16.29 saat

Merejam Lembing (Wanita Akhir)
1. Nor Fatin Adibah (Terengganu) - 41.54 meter
2. Siti Nur Nadia (Johor) - 38.97 meter
3. Norfadilah Zaini (Kedah) - 38.02 meter

Baling Tukul Besi (Wanita Akhir)
1. Nor Aida Shuhada (Negeri Sembilan) - 40.34 meter
2. Linda Tan Ling Hwa (Perak) - 39.45 meter
3. Nur Fariza Jalaludin (Selangor) - 35.17 meter

Baling Tukul Besi (Lelaki Akhir)
1. Jackie Wong Siew Cheer (KOM) - 55.27 meter
2. Ng Chee Chew (Perak) - 47.63 meter
3. Rizhan Rajmi (Kedah) - 39.26 meter

Lompat Bergalah (Wanita Akhir)
1. Nur Nadira Natalia (Selangor) - 3.0 meter
2. Nur Ezzan Shasha (Negeri Sembilan) - 2.6 meter

5000 Meter (Wanita Akhir)
1. Noor Amelia Musa (PDRM) - 18:36.50 saat
2. Nur Aisyah Ahmat (SSBJ) - 19:37.24 saat
3. Sangeetha Subramaniam (Bebas) - 19.39.94 saat

Lontar Peluru (Lelaki Akhir)
1. Muhd Ziyad (MSN Paralimpik) - 13.66 meter
2. Muhd Alif Hanis (Terengganu) - 13.50 meter
3. Ong Chin Yong (Selangor) - 13.06 meter

Lompat Jauh (Wanita Akhir)
1. Siti Subaidah Adabi (KOM) - 6.02 meter
2. Nur Amira Nafiah (Perak) - 5.94 meter
3. Nurul Jannah Zulkefli (Singapura) - 5.39 meter

800 Meter (Wanita Akhir)
1. K.Gantiemanthi (KOM) - 2:15.53 saat
2. Savinder Kaur (Selangor) - 2:26.94 saat
3. Herma Nurul Ain (Terengganu) - 2:29.37 saat

800 Meter (Lelaki Akhir)
1. Nik Hafiz Nik Mohamad (Pelapis Serantau) 1:54.05 saat
2. Mohammad Helmi (Terengganu) - 1:58.25 saat
3. Mohd Nizamuddin Alias (Terengganu) - 1;58.74 saat

400 Meter Lari Berpagar (Wanita Akhir)
1. Layala Rameli (Terengganu) - 64.98 saat
2. Raja Nur Sheena (Selangor) - 67.82 saat
3. Saidatul Izatti (Perak) - 68.02 saat

400 Meter Lari Berpagar (Lelaki Akhir)
1. Muhd Khairul Azhar (Terengganu) - 54.76 saat
2. Muhd Firdaus Musa (Perak) - 54.82 saat
3. Muhd Izdham (Pahang) - 55.86 saat

Lompat Jauh (Lelaki Akhir)
1. Matthew Goh (Singapura) - 7.27 meter
2. Muhd Hakimi Ismail (Perak) - 7.23 meter
3. Ivan Ivander De Johmas (Sabah) - 7.22 meter

Merejam Lembing (Lelaki Akhir)
1. Mohd Bakri Hamid (Johor) - 59.72 meter
2. Mohd Akmal (Kedah) - 51.70 meter
3. Maz Aznie Jetol (Sabah) - 51.25 meter

Lontar Peluru (Wanita Akhir)
1. Casier Renee (SSBJ) - 11.46 meter
2. Nur Sayidah (Selangor) - 11.39 meter
3. Bibi Nuraisha Ishak (SSBJ) - 11.29 meter

200 Meter (Wanita Akhir)
1. Komala Sally (KOM) - 25.06 saat
2. Nurul Faezah (Terengganu) - 25.39 saat
3. Valerie (Singapura) - 25.59 saat

200 Meter (Lelaki Akhir)
1. Mohd Shamimi Azmi (Negeri Sembilan) - 22.05 saat 
2. Mohd Helmi Ahmad (Kedah) - 22.22 saat
3. Mohd Harmizi Arobi (Pelapis Serantau) - 22.27 saat

3000 Meter Lari Berhalangan (Lelaki Akhir)
1. Vicneswaran K. (Selangor) - 10:14.59 saat
2. Alexs Romas (Kedah) - 10:14.96 saat
3. Amirul Hakim Johari (Selangor) - 10:33.92 saat

3000 Meter Lari Berhalangan (Wanita Akhir)
1. Nik Norzilawati (SSBJ) - 12:12.00 saat
2. Sri Suganyaa Maderaja (Selangor) - 12:55.04 saat
3. Saleshella Gabi (Sabah) - 13:07.80 saat

4x400 Meter (Wanita Akhir)
1. Perak - 4:04.37 saat (Rekod Kejohanan)
2. Sabah - 4:05.76 saat
3. Selangor - 4:07.16 saat

4x400 Meter (Lelaki Akhir)
1. Perak - 3:21.73 saat
2. Pahang - 3:21.77 saat
3. Sabah - 3:24.67 saat

Untuk makluman semua, sepanjang 2 hari kejohanan berlangsung hanya 2 rekod dapat dipecahkan. Pihak penganjur telah memilih atlet ini untuk dinobatkan sebagai Olahragawati manakala Olahragawan tidak disenaraikan dalam kejohanan ini.

OLAHRAGAWATI

Nama : Noor Amira Nafiah 
Negeri : Perak 
Acara : Lompat Kijang
Rekod Lama Kejohanan : 13.15 meter
Rekod Baru Kejohanan : 13.31 meter

Sekalung ucapan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dengan penganjuran kejohanan ini dapat dijadikan pembakar semangat kepada atlet sebelum menjelang SUKMA XV di Pahang nanti. Kejohanan kali ini menutup kejohanan pada jam 6.00 petang. Di harap kita berjumpa di kejohanan yang akan datang.

Sekian, Terima Kasih

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA SELANGOR KE-73

Kejohanan : Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor Ke-73
Tarikh : 09 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Venue : Stadium MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

HARI PERTAMA


Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor ke-73 telah membuka tirai dimana sebanyak 30 penyertaan pasukan yang melibatkan atlet seramai 450 atlet dengan 271 atlet lelaki dan 179 atlet wanita yang disertai Pelapis Kebangsaan,Pelapis Serantau,Pelapis Negeri serta Sekolah. Terdapat juga penyertaan daripada luar negara iaitu Oman dan Singapura. Kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari dimana melibatkan sebanyak 21 acara untuk lelaki dan wanita dipertandingkan.

Berikut keputusan rasmi acara yang dipertandingkan :-

10,000 Meter Jalan Kaki (Lelaki Akhir)
1. Mohd Khairi Harith Bin Harun (Pelapis Kebangsaan) - 46:66.64 saat
2. Satiyaseelan (Pelapis Serantau) - 46:42.58 saat
3. Azizi Anwar (Pelapis Kebangsaan) - 49:22.17 saat

5000 Meter (Lelaki Akhir)
1. Tanakendiran (Perak) - 15;40.32 saat
2. Ahmad Luth (Negeri Sembilan)15:49.61 saat
3. Saranraj (SSBJ)  - 15:49.97 saat

Melempar Cakera (Wanita Akhir)
1. Yap Jeng Tzah (KOM) - 41.98 Meter
2. Nur Fathin (Johor) - 37.83 Meter
3. Froneka Mail (Sabah) - 31.67 Meter

Lompat Tinggi (Wanita Akhir)
1. Nurliyana Kamarudin (Negeri Sembilan) - 1.60 Meter
2. Wong Voon Syian (Bebas) - 1.55 Meter
3. Puteri Nur Liyana (Bebas) - 1.50 Meter

Lompat Bergalah (Lelaki Akhir)
1. Mohd Faizul Bin Mohd Lazim (Perak) - 4.10 Meter
2. Mohd Aidil (Negeri Sembilan) - 3.50 Meter 
3. Sia Joo Yao (Selangor) - 3.20 Meter

Lompat Kijang (Wanita Akhir)
1. Noor Amira (Perak) - 13.31 Meter
2. Merrey Gabali (Sabah) - 11.31 Meter
3. Analydia Tinggi (Sabah) - 11.29 Meter

Lompat Tinggi (Lelaki Akhir)
1. Muhd Ashraf Saipu (Terengganu) - 2.00 Meter
2. Navraj Singh (Bebas) - 2.00 Meter
3. Mohd Syahrul Rizal (Perak) - 1.90 Meter

Lompat Kijang (Lelaki Akhir)
1. Stefan (Singapura) - 15.29 Meter
2. El Said Abdul Aziz (Sabah) - 14.99 Meter
3. Ivan Ivander Dejohmas (Sabah) - 14.39 Meter

Melempar Cakera (Lelaki Akhir)
1. Muhd Azwan Fahmi (Kedah) - 39.85 Meter
2. Mohd Firdaus Jamen (Perak) - 38.33 Meter
3. Ong Chin Yong (Selangor) - 32.84 Meter

100 Meter Lari Berpagar (Wanita Akhir)
1. Vaneysia (Pelapis Serantau) - 15.32 saat
2. Nur Amanina (Pelapis Serantau) - 15.62 saat
3. Ku Munirah (Pelapis Serantau) - 15.97 saat

110 Meter Lari berpagar (Lelaki Akhir)
1. Jad Naeman Washif (Sabah) - 15.39 saat 
2. Ahmad Solehin (Kedah) - 15.61 saat
3. Abdul Razak Abdul Rassim (Pahang) - 15.71 saat

100 Meter (Wanita Akhir)
1. Siti Zubaidah Adabi (KOM) - 12.26 saat
2. Amanda Choo (Singapura) - 12.34 saat
3. Nor Atikah Awang (Terengganu) - 12.83 saat

100 Meter (Lelaki Akhir)
1. Fahad Khamis Al Jabri (Oman) - 10.70 saat
2. Ahmad Zabidi Bin Ghazali (KOM) - 10.71 saat
3. Mohd Azhar Bin Ismail (Pahang) - 10.78 saat

400 Meter (Wanita Akhir)
1. Nurul Asyikin Bin Rashid (KOM) - 57.85 saat
2. Jocelyn Samson (Perak) - 69.63 saat
3. Eugenia Anak Edwin (Selangor) - 60.67 saat

400 Meter (Lelaki Akhir)
1. Muhd Ikhwan Bin Safwan (Terengganu) - 49.22 saat
2. Mohd Khairul Azhar (Terengganu) - 49.37 saat
3. Dinesh Krishnan (Kedah) - 49.70 saat

1500 Meter (Wanita Akhir)
1. Noor Amella Musa (PDRM) - 4:57.57 saat
2. Sangaeetha Subramaniam (Bebas) - 5:10.57 saat
3. NurHidayah Binti Ahmad (Kedah) - 5:12.86 saat

1500 Meter (Lelaki Akhir)
1. Nik Hafiz Nik Mohamad (Pelapis Serantau) - 3;59.77 saat
2. Kesavan Maniam (Perak) - 4;01.79 saat
3. Tan Wei Heng (Kedah) - 4:06.71 saat

4x100 Meter (Wanita Akhir)
1. Terengganu - 49.05 saat
2. Sabah - 49.52 saat
3. Perak - 50.21 saat

4x100 Meter (Lelaki Akhir)
1. Sabah - 41.84 saat
2. Terengganu - 42.11 saat
3. Negeri Sembilan - 42.28 saat


Semua acara pada hari ini berakhir pada jam 6.00 petang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang walaupun kejohanan ini dianggap pemanas badan sebelum menjelang sukan temasya Malaysia iaitu SUKMA di Pahang.

Laporan disediakan oleh:
Mohd Suhaimi B. Md Salle