Wednesday, June 11, 2014

SESI LAWATAN DAN PERBINCANGAN

Tarikh     :  10 Jun 2014 (Selasa)
Masa       :  10.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat    :  Kuarters Institusi Pendidikan (KIP),
                   Akademi Serantau, Majlis Sukan Negara Malaysia, 
                   Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kehadiran :
1.   En. Khairee Ekma Sukiman - KBS 
2.   En. Mohd. Hafiz Abdullah - MSN
3.   En. Megat Ahmad Kushairy - MSN
4.   En. Muhamad Hashim - PPD SPT
5.   Pn. Julia Suhaiza Binti Abu Bakar - PPD SPT
6.   Pn. Nor Ruffaieziliana Binti Ibrahim - PPD SPT
7.   En. Ezmil Ariff Bin Mohd Khairan - JPNPP
8.   En. Rosli Bin Halim - JPNPP
9.   Cik Fatimah Binti Jamil - MSN

Laporan ringkas :
Sesi Lawatan dan Perbincangan tersebut di atas telah dihadiri oleh pihak KBS, MSN,  PPD SPT dan JPNPP. 

Program Lawatan dan Perbincangan tersebut diatas bertujuan untuk :
1.   Membincangkan Permohonan Pertukaran Hak Milik Bangunan Akademi Serantau, Majlis Sukan Negara, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berada didalam kawasan Kuarters Institut Pendidikan (KIP), Jalan Nangka, Taman Desa Damai, Bukit Mertajam.

2.   Pihak KBS ingin melihat tapak dengan lebih dekat sebelum memajukan permohonan kepada pihak KPM. 

3.   Mesyuarat lanjutan akan diadakan di Putrajaya dalam masa terdekat.

Sesi Lawatan dan Perbincangan berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan ringan. 



Terima kasih.

Disediakan oleh :

Fatimah Binti Jamil



Tuesday, June 10, 2014

PEMANTAUAN KE TAPAK PEMBINAAN GELANGGANG TINJU DI AKADEMI SERANTAU










Laporan ringkas,

Tarikh :  21 Mei 2014 (Rabu) 
Bermulanya kerja-kerja pembinaan Gelanggan Tinju.  Semasa membuat tinjauan ke tapak pembinaan dan mendapati kerja-kerja membungkah batu-batu jalanraya telah dimulakan.  

Tarikh :  23 Mei 2014 (Jumaat)  
Pemantauan kali kedua mendapati timbunan  pasir-paris dan bungkusan-bungkusan simen diletakkan di tepi bangunan Blok E.
Pada tarikh yang sama telah membuat pemantauan keatas Latihan Atlet Tinju dan mendapati hanya 7 atlet yang menghadiri latihan.

Dari maklumbalas Jurulatih,  3 atlet yang tidak dapat menghadiri latihan kerana menghadiri program anjuran pihak sekolah.

Mendapati atlet-atlet tersebut menjalani latihan bersungguh-sungguh dan memaklumkan kepada mereka kerja-kerja pembinaan gelanggang tinju sedang dijalankan.

Tarikh : 26 Mei 2014 (Isnin)
Sekali lagi telah meninjau ke tapak pembinaan dan mendapati beberapa pekerja sedang menjalankan kerja-kerja.

Tarikh : 2 Jun 2014 (Isnin)
Mendapati pekerja-pekerja sedang menjalankan kerja-kerja dan hasil dari perbualan bersama pekerja-pekerja tersebut mereka bekerja dari Isnin hingga Ahad.  Hari Jumaat merupakan hari cuti bagi mereka.


Terima kasih


Disediakan oleh :

Fatimah Binti Jamil