Tuesday, August 23, 2011

Majlis Berbuka Puasa MSN dan Pelapis Serantau 2011

Tarikh. : 22 Ogos 2011
Masa. : 6:30 pm-9.00 pm
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan,Batu Uban Pulau Pinang.

Majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh USPTN Pulau Pinang yang mana ia turut disertai oleh En.Syapawi(Pengarah Bahagian Atlet),En. Jefri Ngadirin(Pengarah Cawangan Pelapis),Ketua Unit di Cawangan Pelapis serta En Hafiz dari Bahagian Harta dan turut hadir kakitangan MSN dan ISN Pulau Pinang.Tujuan majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara semua jabatan bersama atlet dan jurulatih pelapis serantau. Pada pemulaan majlis,En. Syapawi telah memberi ucapan berkaitan program pelapis serantau. Setelah itu,majlis bersambung dengan makanan ringan berbuka dan seterusnya solat maghrib berjemaah. Setelah selesai,para tetamu dijemput menjamah makanan. Pada sesi akhir majlis,En. Jefri menyampaikan amanat kepada atlet pelapis serantau. Majlis tamat pada jam 9:00 malam.

Terima Kasih

Syamsul Afzan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment