Sunday, September 11, 2011

Kejohanan Olahraga POANS/MSN/MILO ke - 69

Tarikh : 1 1 September 2011 (ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi,Negeri Sembilan

Hari Kedua (Sebelah Pagi)

Acara hari ke - 2 diteruskan lagi dengan acara yang pertama iaitu 5000 meter jalan kaki wanita akhir bermula jam 8.00 pagi. Cuaca pada sebelah pagi agak cerah, walau bagaimana pun lebih kurang jam 11.00 pagi hujan mula turun dengan lebat tetapi acara diteruskan seperti biasa.

Berikut adalah keputusan rasmi acara akhir untuk sebelah pagi :-

Lompat Jauh Wanita (Akhir)

1. Nurul Fatimatul Zahrah - Pelapis Serantau- 5.76 meter
2. Kee Siew Lian - USPTN Sarawak - 5.39 meter
3. Kirthana R. - Perak - 4.68 meter

Rejam Lembing Wanita (Akhir)

1. Syuryani Sikemer -USPTN Sarawak - 40.21 meter
2. Siti Nor Nadia Osman - Johor - 29.00 meter
3. Ling Xin - Nanyang Politeknik - 27.00 meter

Lempar Cakera Lelaki (Akhir)

1. Mohd Azwan Fahmi - Kedah - 35.72 meter
2. Mohd Fairus Hakim - Labuan - 34.55 meter
3. Mohd Irfan Shamsudin - NS Sukma - 34.04 meter

Lontar Peluru Lelaki (Akhir)

1. Adi Aliffudin Husain - Kedah - 16.16 meter
2. Mohd Alif Hanif - SSBJ - 13.01 meter
3. Shahrin Selamat - POA Selangor - 12.75 meter

1500 meter Lelaki (Akhir)

1. Dekeeshgaaran -POA Perlis - 4:21.31s
2. S.Christoper - Pulau Pinang- 4:26.27s
3. Eddison Roy Vincent - NS Sukma 2012-4: 29.96s

1500 meter Wanita (Akhir)

1. Malini Boopathy - Johor - 5:19.67s
2. B. Preymane - Pulau Pinang - 5:29.26s
3. Previna Arumugam - MSN Pahang - 5:34.82s

Acara akhir petang akan diteruskan bermula jam 2.30 petang dengan acara padang iaitu Lompat Tinggi wanita dan seterusnya Baling Tukul Besi lelaki, Lompat Kijang lelaki, 110 meter lari berpagar Lelaki,100 meter lari berpagar wanita, 200 meter lelaki dan wanita, 3000 meter lari berhalangan lelaki, 400 meter lelaki dan wanita, 4x100 meter lelaki dan wanita.

Sekian, terima kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment