Assalamualaikum wbt.
Tarikh : 03 Ogos 2012 (Jumaat)
Tempat : Kuarters Institut Pendidikan Bukit Mertajam.
Masa : 11.00 pagi hingga 12.15 tengahari.
Satu perbincangan ringkas Encik Mohd Nor Izuwan (KUPS) bersama Pihak JKR SPT dan Kontraktor telah diadakan bagi membincangkan status perlaksanaan terkini berkenaan penempatan atlet di KIP tersebut. Berikut beberapa maklumbalas berkenaan projek Baikpulih Kuarters Institut Pendidikan (KIP) di Bukit Mertajam.
Kehadiran :

1. Mohd Izuwan Hj Mohd Ariffin - Ketua Unit Pelapis Serantau.
2.Syamsul Afzan Md Nor - Pengurs Sukan
3. Vimalan - Pengurus Sukan
4. Mohamad Faizal B Shahadan - Jurutera Senggara JKR SPT
5. Azirul Adzmy - Juruteknik Cawangan Elektrik Pulau Pinang
6. Encik Amir - Wakil NZ Ideal Enteprise.
7. Mohd Azman - Wakil Elektrikal.
1. Encik Faizal (Jurutera Senggara JKR SPT) memaklumkan bahawa segala proses kerja-kerja pembaikpulihan KIP akan disiapkan segera sebelum 31 Ogos 2012 (Jumaat). Ini kerana ada beberapa bahagian proses yang belum dilaksanakan berikutan menunggu kelulusan untuk pemasangan daripada beberapa pihak yang berkenaan seperti TNB dan PBA.

2. Bagi bahagian elektrikal, pihak kontraktor masih menunggu surat "Charge Sambungan Sesala"daripada TNB untuk membuat pemasangan meter pada main board utama untuk ditarik pada setiap unit rumah. Pihak TNB juga telah memaklum bahawa pemasangan itu akan dilaksanakan pada minggu hadapan.
3. Pihak JKR bersama kontraktor juga akan membuat satu perjumpaan bersama PBA SPT bagi mendapatkan kebenaran untuk pemasangan meter air baru.
4. Untuk makluman setiap unit rumah pada bahagian dalaman akan dicat pada warna asal berikutan ada bahagian-bahagian yang telah ditampal dengan simen. Bagi pentadbiran pula akan dicat pada warna yang bersesuaian agar suasana dalaman akan nampak ceria dan menarik.
5. Pada bahagian tandas juga akan diproses untuk penggantian serta pemasangan kepala paip serta shower. Bumbung tandas juga akan dibuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kesan kebocoran.
6. Di sekeliling bangunan ini juga akan dipasang sistem pagar berdawai dan pintu grill untuk keselamatan setiap penghuni. Ini juga dapat memastikan displin setiap atlet dapat dikawal serta di pantau.
Pihak MSN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang hadir pada hari ini bagi memastikan segala perancangan yang dirancang mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment