Tarikh :20 Mac 2012
Masa : 6.45 am-11.00 pm
Tempat :Komplek Rakan Muda Sukan
Air Rompin Pahang
Hari kedua kem bermula dengan perhimpunan atlet di perkarangan Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan Majlis Sukan Negara Rompin, Pahang. Sesi perhimpunan ini di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta senamrobik. Setelah tamat,atlet menikmati makan pagi dan bertolak ke Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang untuk aktiviti seterusnya. Di sana,atlet dibahagikan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada sukan dan pusat latihan yang berlainan.Kemudian, pihak jurulatih rekreasi memberi penerangan aktiviti yang akan berlangsung. Setelah selesai,kumpulan atlet diberi tugasan yang pertama iaitu membina khemah sebagai persiapan untuk bermalam di kawasan hutan.Antara aktiviti lain yang dijalankan pada sesi petang adalah 'orientering,absailing dan aktiviti kolam' . Tujuan aktiviti rekreasi ini dilaksanakan adalah untuk membentuk semangat jati diri atlet dan membentuk semangat sepasukan.Pada sesi malam bermula jam 8 , atlet melakukan aktiviti berkumpulan dan perkemahan.
No comments:
Post a Comment