Saturday, March 30, 2013
PROGRAM JOM GOTONG - ROYONG
Friday, March 29, 2013
PEMANTUAN LATIHAN ATLET
SUKAN : OLAHRAGA
Tarikh : 28 Mac 2013 (Khamis)
Masa. : 6.00 petang - 7_30 malam
Tempat. : Kompleks Sukan Dan Reakeasi MPSP
Kehadiran :
1. En. Ahmad Mazlan - Jurulatih
2. En. Krishnan (Tambu) - Jurulatih
3. En. Vicknesvaran - Jurulatih
4. Atlet - 15 Lelaki, 2 - Wanita
LATIHAN :
1. 110 meter Lari Berpagar (Lelaki)
2. 100 meter Lari Berpagar (Wanita)
2. 200 meter
3. 400 meter
4. 600 meter
ULASAN :
1. Dimaklumakan oleh Jurulatih, latihan bermula dari 4.30 petang dan ketidak hadiran dua orang atlet dari Terengganu yang masih bercuti di kampung.
2. Mendapati kehadiran dan komitmen atlet baik, atlet menjalani latihan bersungguh-sungguh dibawah kelolaan ketiga-tiga Jurulatih.
3. Jurulatih Ahmad Mazlan memaklumkan akan bercuti dari 29 hingga 31 Mac 2013 dan Jurulatih Krishnan akan ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi.
4. Mengadakan perjumpaan dan beramah-mesra bersama Jurulatih dan Atlet di akhir pemantauan.
Sekian terima kasih
Thursday, March 14, 2013
Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Akademi Serantau MSN.
Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat di Akademi Serantau MSN telah diadakan pada 14 Mac 2013 (Khamis). Majlis yang diadakan ini telah dihadiri oleh Pelajar Tahfiz Ibnu Sina, pegawai & staff USPTNPP, jurulatih & atlet ASMSN serta wakil penduduk setempat. Aturcara majlis bermula dengan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, bacaan yasin & doa selamat, solat isyak berjemaah dan seterusnya jamuan ringan telah disempurnakan dengan jayanya. Lebih kurang 150 orang hadir bagi memeriahkan majlis yang dianjurkan.
Majlis ringkas ini diharap dapat merapatkan hubungan manusia sesama manusia. Pada masa yang sama hubungan antara jurulatih dan atlet dapat melahir semangat setiakawan antara satu sama lain.
Diharap majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.