TARIKH : 30 MAC 2013 (SABTU)
TEMPAT : AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
Kehadiran :
1. En. Vickneswaran - Jurulatih
2. En. Adnan - Warden
3. Altet - 16 Lelaki, 10 Wanita
4. Cik Fatimah Binti Jamil - Pengurus Akademi Serantau
LAPORAN RINGKAS
1. Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk SEMANGAT SEPASUKAN DAN RASA TANGGUNGJAWAB atlet-atlet. Slogan program "HARGAI BUMI, SAYANGI AKADEMI DAN HIDUP DALAM HARMONI"
2. 8.00 pagi atlet-atlet telah berkumpul di hadapan Akademi, dibantu oleh Jurulatih Vickneswaran untuk mengambil kedatangan atlet-atlet. Kehadiran atlet tidak sepenuhnya kerana masih ada atlet yang belum pulang ke Akademi dari bercuti (Cuti Sekolah).
3. Warden bersama tiga atlet lelaki tidak dapat bersama pada PROGRAM JOM GOTONG - ROYONG atas urusan menjemput JLN Muhammad Gatot (Sukan Memanah) dari Hospital Besar Negeri Pulau Pinang untuk di bawa pulang ke Akademi Serantau.
4. Program di teruskan dengan sesi bergambar, pemberian tugasan kepada atlet-atlet dan taklimat langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira oleh atlet-atlet sepanjang PROGRAM JOM GOTONG - ROYONG disampaikan oleh Pengurus Akademi.
5. Pembersihan dijalankan di hadapan dan di dalam bilik-bilik atlet serta bilik riadah. Atlet-atlet berkumpul kembali di Dewan Makan selepas tamat PROGRAM JOM GOTONG - ROYONG dan kehadiran atlet-atlet diperiksa kembali yang dibantu oleh Jurulatih Vickneswaran.
6. Bersyukur kepada ALLAH dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan PROGRAM JOM GOTONG - ROYONG berjalan dengan lancar dan selamat, Amin......
7. Pukul 2.00 petang JLN Muhammad Gatot tiba di Akademi Serantau, bertemu JLN Muhammad Gatot dan isteri beliau sebelum meninggalkan Akademi Serantau.
Sekian terima kasih.
Fatimah Binti Jamil
No comments:
Post a Comment