Masa : 3:00 pm - 4:30 pm
Tempat : Asrama Majlis Sukan Negeri Kelantan
Pemantauan Pusat Latihan Serantau Kota Bahru, Kelantan melibatkan sukan Angkat Berat yang mana pada tahun 2014 merupakan pemantauan kali pertama. Pusat latihan ini hanya menempatkan atlet wanita yang mana tertumpu untuk melahirkan atlet angkat Berat wanita yang berkualiti. Selain itu, segelintir atlet yang ditempatkan juga didedahkan dengan persiapan ke arah Temasya Commanwealth Youth Games 2015. Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau keadaan atlet, latihan serta keperluan yang perlu disediakan melibatkan aspek tempat penginapan, makan dan keperluan sukan.
Jurulatih
1. Nordin Jusoh
2.Noor Adila Ali
Atlet
7 orang atlet (wanita)
Kemasukan Atlet Baru
Bagi tahun 2014 seramai 3 atlet (wanita) telah ditawarkan ke dalam Program Pelapis Serantau. Atlet kemasukan baru telah melapor diri pada 30 Januari 2014
Sesi Latihan
1. Sesi latihan dijalankan pada hari Jumaat hingga Rabu.
Sesi latihan : Atlet tidak bersekolah
10:00 am - 12:00 pm (sesi 1)
5:00 pm-7:00 pm (sesi 2)
Sesi latihan : Atlet bersekolah
5:00 pm-7:00 pm (sesi 1)
Hari cuti sekolah : 2 sesi
2. Seramai 4 atlet Pusat Latihan Serantau Kota Bahru akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kebangsaan 01/2014 yang akan diadakan pada 18 -20 Feb 2014
1. Satu Set Angkat Berat bagi program Pelapis Serantau telah diterima pada tahun 2012 dan penambahan set Angkat Berat pada tahun ini akan ditambah sebanyak satu set
2. Pakaian pertandingan serta kasut telah mendapat kelulusan diperingkat Majlis dan dalam proses pembelian
3. Keperluan makanan tambahan juga perlu dibeli memandangkan atlet didedahkan dengan sukan Angkat Berat. Melalui permohonan di peringkat Majlis,perkara ini telah diluluskan.
Penempatan
Melalui pemantauan, beberapa kelengkapan asrama perlu diganti dan di beli . Antaranya :
1. Katil kebanyakan telah patah dan perlu diganti.
2. Kerosakan yang paling ketara adalah siling yang telah rosak dan perlu diganti. Siling yang rosak merangkumi seluruh kawasan asrama. Perkara ini telah dibincangkan bersama jurulatih dan pihak beliau akan mencadangkan syarikat yang boleh memperbaiki kerosakan ini dengan kadar segera.
3. Kerosakan sinki dan bilik air yang tersumbat.
4. Pemohonan tambahan rak buku bagi kegunaan atlet.
Makanan
1. Tiada isu dibangkit berkenaan makanan.
Persekolahan
1. Tiada isu dibangkitkan
Melalui perbincangan bersama jurulatih, penambahan 3 atlet akan ditambah melalui pemantauan kejohanan yang mana akan melengkapkan kuota seramai 10 atlet. Jurulatih juga memohon untuk mendapatkan sebuah van bagi kegunaan pergerakan atlet menjalani latihan ditempat lain.
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment