Saturday, March 15, 2014
LAPORAN HARIAN KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN 01/2014 MSN/PKBM/DBKL/PBKL/MILO
Masa : 8:30 am - 6:00 pm
Tempat : Veledrome Cheras, Kuala Lumpur
Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan 01/2014 MSN/PKBM/DBKL/PBKL/MILO telah memasuki hari ketiga kejohanan. Pada hari pertama dan kedua , pihak penganjur terpaksa menangguhkan kejohanan akibat jerebu dan melalui perbincangan pada hari ketiga, beberapa acara telah diubah ke peringkat akhir agar semua acara dapat dipertandingkan. Hari ini, kejohanan bermula dengan acara Individual Pursuit, 200 m Sprint, Team Sprint dan Elimination Race. 3 kategori umur dipertandingkan bagi kategori lelaki iaitu 19 tahun atas, 16-18 tahun dan 13-15 tahun. Manakala bagi kategori wanita melibatkan 16-23 tahun dan 13-15 tahun. Berikut merupakan keputusan akhir hari ketiga kejohanan :
Individual Pursuit
2 km (16-18 tahun lelaki)
1. Akmal Hakim (PK) 2:30.081
2. Azli Najmi (KL) 2:32.005
3.Muhammad Afiq Huznie (PK) 2:33.835
2 km (13-15 tahun wanita)
1. Siti Nur Alya Mansor (TRG) 3:02.795
2.Ezzatie Fifyana (ASMSN) 3:08.366
3.Nurul Najwa (PHG) 3:09.321
Team Sprint
Lelaki 19 tahun atas
1. Johor (1:10.445)
2.Perak (1:10.707)
3.Kuala Lumpur (1:12.227)
Lelaki 16-18 tahun
1. PLS Ipoh (1:09.360)
2. ASMSN (1:10.026)
3.Perlis (1:10.203)
Wanita 16-23 tahun
1. MSN Elit (50.579)
2.Pelapis Kebangsaan (52.791)
3.Terengganu (53.366)
200 m Sprint
Lelaki 19 tahun atas
1. Khairul Adha Rasol (JHR)
2.Muhammad Faruq Daud (JHR)
3.Nixson Kennedy (MSN Elit)
Lelaki 16-18 tahun
1. Mohamad Shariz Afendi (PK)
2.Mohd Firdaus Zonis (PK)
3.Mohd Fadhil Zonis (PK)
Lelaki 13-15 tahun
1.Wan Abdul Rahman (TRG)
2.Muhammad Harith (PRK)
3.Muhammad Nur Aiman (JHR)
Wanita 16-23 tahun
1. Ummi Hamimah (MSN Elit)
2. Farina Shawati (PK)
3. Anis Amira (ASMSN)
Wanita 13-15 tahun
1. Ezzati Fifiyana (ASMSN)
2.Siti Nur Alya (TRG)
3.Nur Fasihah (SEL)
Keputusan bagi Elimination race akan diumumkan pada esok hari dan bagi hari terakhir kejohanan hanya mempertandingkan dua acara iaitu Scratch Race dan Team Pursuit.
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, March 13, 2014
PROGRAM BERSAMA JURULATIH DI AKADEMI SERANTAU
Wednesday, March 12, 2014
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 01/2014, MSNM/ PKBM/DBKL/PBKL/MILO
Masa : 5:00 pm - 6:00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Veledrome Cheras, Kuala Lumpur
Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan 01/2014 MSNM/PKBM/DBKL/PBKL/MILO di Veledrome Cheras akan berlangsung pada 13 hingga 16 Mac 2014. Pada hari ini bermula Mesyuarat Pengurus Pasukan yang mana membincangkan pengesahan penyertaan negeri dan atlet. Pada kejohanan kali ini, sebanyak 16 pasukan yang mengesahkan penyertaan iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah,Sarawak, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan. Seramai 177 atlet yang bertanding. Melalui mesyuarat ini terdapat juga isu yang dibangkitkan. Antaranya adalah penggunaan gearing yang tidak betul. Perkara ini akan diambil tindakan di peringkat komisar. Mesyuarat ditangguhkan jam 6:00 petang.
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, March 9, 2014
LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS
Tempat : Bangsaen, Thailand
Hari ini merupakan hari terakhir penyertaan bagi atlet remaja negara didalam '16th Asian Youth (2014 YOG Continental Qualification) dimana Mohd Nasir Roslan bertanding didalam kategori 94kg dan menduduki tempat keempat keseluruhan dengan jumlah angkatan sebanyak 275kg. Berikut merupakan keputusan bagi kategori tersebut :
Snatch
1.Korea - 129kg
2.India - 127kg
3.Iran - 127kg
4.Mohd Nasir Roslan - 125kg
Clean & Jerk
1.Korea - 160kg
2.India - 155kg
3.Iran - 153kg
4.Mohd Nasir Roslan - 150kg
Keseluruhan
1.Korea - 289kg
2.India - 282kg
3.Iran - 280kg
4.Mohd Nasir Roslan - 275kg
Sementara itu seorang lagi atlet remaja negara telah bertanding didalam kategori +69kg wanita dimana Jabriella Teo telah berjaya mendapat pingat gangsa didalam acara 'snatch' dengan angkatan sebanyak 80kg dengan rekod peribadi terdahulu sebanyak 77kg. Walau bagaimanapun beliau gagal untuk mengulangi pencapaian didalam acara 'clean & jerk' dengan hanya berpuas hati dikedudukan kelima. Berikut merupakan keputusan bagi kategori +69kg :
Snatch
1.Thailand - 92kg
2.China - 91kg
3.Jabriella Teo - 80kg
Clean & Jerk
1.Thailand - 124kg
2.China - 123kg
3.Taiwan - 102kg
5.Jabriella Teo - 95kg
Keseluruhan
1.Thailand - 216kg
2.China - 214kg
3.Taiwan - 180kg
4.Jabriella Teo - 175kg
Esok pasukan remaja negara akan berangkat pulang dengan pesawat dijadualkan pada jam 4:15 petang (waktu tempatan). Atlet 'junior' negara Constantine Clemence akan turun bertanding didalam kategori 62kg pada jam 5:00 petang (waktu tempatan) dan merupakan peluang bagi beliau melayakan diri ke Sukan Komanwel Glasgow nanti.
Sekian laporan dari Bangsaen, Chonburi Thailand.
Sent by Maxis
Saturday, March 8, 2014
LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS
Tempat : Bangsaen, Thailand
Hari ini hanya atlet 'junior' yang turun menjalani latihan di Chonburi City Municipality Sport Complex Multipurpose Building pada sebelah petang dibawah kendalian jurulatih Stefan Stefanov manakala atlet remaja negara telah dibawa bersiar-siar disekitar bandar Chonburi oleh jurulatih bagi menghilangkan sedikit tekanan bagi yang akan bertanding esok dan kebosanan bagi atlet yang telah selesai pertandingan. Pengarah Cawangan Pelapis, En Jefri juga turut ke venue pertandingan bagi melihat atlet 'junior' menjalani latihan sambil melihat pertandingan yang sedang dijalankan.
Pada sebelah petang juga mesyuarat pengurus pasukan bagi '21st Asian Junior women & 28th Asian Junior Men Weightlifting Championships' telah diadakan di dewan VIP Chonburi City Municipality Sport Complex Multipurpose Building yang telah dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Asia (AWF) sendiri bersama beberapa orang pegawai teknikal. Esok dua wakil negara akan turun bertanding dimana Mohd Nasir Roslan akan bertanding didalam kategori 94kg pada jam 1:00 petang (waktu tempatan) dan Jabriella Teo akan bertanding didalam kategori +69kg yang dijadualkan pada jam 5:00 petang (waktu tempatan)
Sekian laporan dari Bangsaen, Thailand.
Sent by Maxis
Thursday, March 6, 2014
LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS
Tempat : Bangsaen, Thailand
Hari ketiga pertandingan menyaksikan atlet remaja negara bertanding didalam kategori 77kg didalam kumpulan B melalui Muhd Afifi Haikal pada jam 1:00 petang (waktu tempatan) Berikut merupakan keputusan penuh termasuk keputusan didalam kumpulan A yang berlangsung pada jam 7:00 petang (waktu tempatan) :
Snatch
1.Iran - 136kg
2.India - 133kg
3.ChinA - 130kg
12.Muhd Afifi Haikal - 110kg
Clean & Jerk
1.India - 163kg
2.Korea Utara - 159kg
3.Thailand - 155kg
12.Muhd Afifi Haikal - 130kg
Keseluruhan
1.India - 296kg
2.Iran - 291
3.Chian - 283
12.Muhd Afifi Haikal - 240kg
Muhd Afifi Haikal telah berjaya menyumbang 14 mata bagi pasukan negara dan mata keseluruhan akan dikira pada hari pertandingan dengan lima pasuka teratas akan berjaya mendapat satu kuota ke YOG Nanjing pada bulan Ogos nanti. Sementara itu ketiga-tiga atlet 'junior' negara telah turun menjalani latihan pada sebelah petang sebaik sahaja Muhd Afifi Haikal selesai bertanding. Esok tiada atlet negara yang akan turun bertanding dan mesyuarat pengurus pasukan bagi kejohanan peringkat 'junior' akan diadakan di venue pertandingan iaitu di Chonburi City Municipality Sport Complex Multipurpose Building dijadualkan pada jam 4:00 petang (waktu tempatan)
Sekian laporan dari Bangsaen, Chonburi Thailand.
Sent by Maxis
LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS
Tempat : Bangsaen, Thailand
Hari ini masuk hari kedua pertandingan dimana hanya Mohd Nasir Roslan dan Jabriella Teo menjalani latihan pada sesi pagi bermula jam 8:30 hingga 10:00 pagi (waktu tempatan) Muhd Zaidi Nordin akan bertanding didalam kategori 62kg didalam kumpulan B pada jam 11:00 (waktu tempatan) dan sesi menimbang berat badan telah dijalankan dua jam sebelum bertanding. Berikut merupakan keputusan bagi kategori 62kg kumpulan B :
Snatch
1.Krygystan - 107kg
2.Chinese Taipei - 98kg
3.Muhd Zaidi Nordin (Malaysia) - 95kg
Clean & Jerk
1.Muhd Zaidi Nordin (Malaysia) - 135kg
2.Chinese Taipei - 125kg
3.Indonesia - 122kg
Keseluruhan
1.Muhd Zaidi Nordin (Malaysia) - 230kg
2.Krygystan - 229kg
3.Chinese Taipei - 223kg
Selepas pertandingan didalam kumpulan A bagi kategori 62kg yang telah dijalankan pada jam 8:00 malam (waktu tempatan) secara rasminya atlet negara Muhd Zaidi Nordin telah menduduki tempat ke lapan secara keseluruhannya. Ini bermakna beliau telah mengutip 18 mata bagi pasukan lelaki negara.
Seorang lagi atlet negara yang turun bertanding pada hari ini ialah Siti Zaleha Yusof yang bertanding didalam kategori 48kg. Walau bagaimanapun beliau tidak bernasib baik kerana hanya berjaya menduduki tempat ke lima secara keseluruhannya walaupun pada awalnya beliau dijangka dapat menandingi sekurang-kurangnya tempat ketiga secara keseluruhannya. Berikut merupakan keputusan bagi kategori 48kg :
Snatch
1.China - 85kg
2.Chinese Taipei - 60kg
3.Thailand - 59kg
5.Siti Zaleha - 55kg
Clean & Jerk
1.China - 85kg
2.Vietnam - 76kg
3.Thailand - 76kg
5.Siti Zaleha - 70kg
Keseluruhan
1.China - 170kg
2.Thailand - 135kg
3.Vietnam - 134kg
5.Siti Zaleha - 125kg
Esok hanya Muhd Afifi Haikal akan turun bertanding didalam kategori 77kg didalam kumpulan B pada jam 1:00 petang (waktu tempatan) Esok juga tiga orang atlet 'junior' akan turun menjalani latihan bersama-sama Mohd Nasir Roslan dan Jabriella Teo yang dijadualkan pada jam 3:00 hingga 5:00 petang (waktu tempatan) Mereka terdiri daripada Constantine Clement (kat 62kg), Khairul Anuar (kat 77kg) dan Loro Wellkinson Peuji (kat 77kg) yang tiba pada jam 6:00 petang bersama-sama jurulatih Stefan Stefanov. Kesemua mereka akan mula bertanding didalam "28th Asian Junior Men Weightlifting Championships" selepas tamat acara didalam kategori remaja iaitu di "16th Asian Youth (2014 YOG Continental Qualification) Kesemua atlet dan jurulatih berada didalam keadaan agak baik dengan hanya selsema dan pening kepala disebabkan cuaca yang terlalu panas.
Sekian laporan dari Bangsaen, Chonburi Thailand.
Sent by Maxis
Wednesday, March 5, 2014
LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS
Tempat : Bangsaen, Thailand
Pasukan negara telah bersarapan dihotel seawal jam 7.30 pagi sebelum bergerak ke venue pertandingan bagi menjalani latihan pada jam 9:00 hingga 11:00 pagi. Hanya Muhamad Darul Najmi, Mohd Zaidi Nordin dan Siti Zaleha Yusof tidak menjalani latihan kerana masing-masing akan turun bertanding pada hari ini bagi Muhamad Darul Najmi dan keesokan harinya bagi Mohd Zaidi dan Siti Zaleha. Kesemua atlet berada didalam keadaan baik. Wakil daripada Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) iaitu Dato Ong Poh Eng selaku Presiden bersama-sama dengan En Pang Siew Huat selaku Setiausaha Kehormat telah datang ke tempat latihan berjumpa dengan atlet dan jurulatih disamping memberi kata-kata semangat kepada setiap atlet.
Hari ini juga merupakan hari bagi upacara pembukaan kejohanan yang telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Dunia (IWF) iaitu Thomas Ajan. Upacara yang sederhana tetapi meriah telah berlangsung tepat jam 5:00 petang (waktu tempatan). Muhamad Darul Najmi memulakan pertandingan didalam kategori 56kg didalam kumpulan A pada jam 8:00 malam. Berikut merupakan keputusan bagi kategori 56kg :
Snatch
1.China - 128kg (Rekod Dunia Remaja)
2.Vietnam - 108kg
3.Korea Utara - 107kg
8.Muhamad Darul Najmi - 90kg
Clean & Jerk
1.China - 147kg
2.Vietnam - 137kg
3.Korea Utara - 137kg
10.Muhamad Darul Najmi - 115kg
Keseluruhan
1.China - 275kg
2.Vietnam - 245kg
3.Korea Utara - 244kg
10.Muhamad Darul Najmi - 205kg
Secara keseluruhan Muhamad Darul Najmi menduduki tempat ke sepuluh dan mengutip sepuluh mata dimana mata ini akan dikumpulkan secara keseluruhannya dan negara yang mendapat 'top 5' akan mendapat satu kuota ke YOG di Nanjing nanti. Esok Mohd Zaidi Nordin akan bertanding didalam kategori 62kg didalam kumpulan B yang akan bermula pada jam 11:00 pagi (waktu tempatan) dan Siti Zaleha Yusof akan bertanding didalam kategori 48kg pada jam 3:00 petang (waktu tempatan). Tiga orang atlet dan seorang jurulatih juga akan tiba pada esok hari pada jam 4:15 petang (waktu tempatan) yang akan bertanding didalam '28th Asian Junior Men Weightlifting Championship' yang akan bermula pada 9 Mac 2014.
Sekian laporan dari Bangsaen, Chonburi Thailand.
Sent by Maxis