Tempat : Bangsaen, Thailand
Atlet telah menjalani latihan secara rasmi di Chonburi City Municipality Sport Complex Multipurpose Building yang juga merupakan venue kepada pertandingan pada kali ini. Perjalanan dari hotel mengambil masa kira-kira lima belas minit perjalanan dengan menggunakan bas yang telah disediakan. Setiap negara diperuntukan selama dua jam waktu latihan dan tempat latihan adalah terhad. Latihan pada hari ini melibatkan 80 hingga 90 peratus daripada angkatan maksimum setiap atlet memandangkan atlet masih mempunyai masa yang agak panjang hingga hari pertandingan masing-masing. Jurulatih cuba untuk memaksimumkan latihan kerana masa yang agak terhad dengan hanya melibatkan satu sesi sahaja.
Mesyuarat pengurus pasukan telah berlangsung di The Tide Hotel dimana pengesahan jumlah keseluruhan atlet yang bertanding adalah seramai 224 terbahagi kepada 139 orang lelaki dan 85 orang wanita.Secara rasminya pertandingan akan bermula pada 4 Mac 2014 dimana atlet negara Mohd Darul Najmi Dollah akan bertanding didalam kategori 56kg.
Sekian.
Laporan disediakan oleh Megat Ahmad Kushairy
--
Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz
Ketua Unit Pelapis Serantau
Ext:9917
http://pelapisfuturechampions.blogspot.com
http://akademiserantau.blogspot.com
http://www.facebook.com/PelapisFutureChampions
Ketua Unit Pelapis Serantau
Ext:9917
http://pelapisfuturechampions.blogspot.com
http://akademiserantau.blogspot.com
http://www.facebook.com/PelapisFutureChampions
No comments:
Post a Comment