Thursday, July 24, 2014

MESYUARAT BULANAN PIHAK PENGURUSAN AKADEMI SERANTAU BERSAMA JURULATIH

Tarikh           :   22 Julai 2014(Selasa)
Masa             :   11.00 pg - 12.20 tgh
Dikelolakan   :   Pengurus Akademi Serantau 

Kehadiran Jurulatih Angkat Berat :
1.   En. Mohd Aizat Bin Zaini
2.   En. Saiful Farham Bin Mohd Nor

Kehadiran Jurulatih Taekwondo
1.   En. Mohd Firdaus @ Kumar

Kehadiran Jurulatih Berbasikal
1.   En. Muhamad Hatta

Kehadiran Jurulatih Olahraga
1.   En. Krishnan A/L Thambusamy - Jarak Jauh dan Sederhana
2.   En. Ammar Bin Ramadzan - Balingan
3.   En. Artikov Rifat - DECA

Kehadiran Jurulatih Tinju :
1.   En. Kalen Asanov


Agenda :

1.   Ucapan Pengurus Akademi Seratau
2.   Pembentangan Jurulatih - Program Bulan Julai 2014
3.   Pembentangan Pengurus Akademi Serantau 
4.   Lain-lain hal

Tujuan Mesyuarat :
1.   Dijadikan sebagai saluran bagi Jurulatih untuk membincangkan perkara-perkara yang berbangkit bersama pihak Pengurusan Akademi Serantau.

2.   Mengiratkan silatulrahim antara Jurulatih dan Pihak Pengurusan Akademi Serantau.   

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan di akhiri dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti.

Terima kasih.

Disediakan oleh :
Fatimah Binti Jami

Wednesday, July 23, 2014

PROGRAM KEROHANIAN SEPANJANG BULAN JULAI 2014

Tarikh            :  4, 11 &18 Julai 2014
Masa              :  6.00 ptg -7.30 mlm
Penceramah  :  Ustaz Mohd Redzuan

Kehadiran :
1.  Atlet Berat
2.  Atlet Tinju
3.  Atlet Taekwondo
4.  Atlet Memanah
5.  Atlet Berbasikal
6.  Atlet Olahraga

Program Kerohanian ini telah bermula dari bulan Jun dan di jangka berakhir bulan Disember 2014.  Program ini merangkumi Tazkirah,  Penghayatan Al-Quran dan Tajwid.  Sepanjang bulan Ramadhan program bermula dari 6.00 petang hingga 7.30 malam.

Pengisian Program Al-Quran dan Tajwid sepanjang bulan Julai mengenai  pembacaan Al-Fatihah dan mengenal huruf-huruf jawi. 

Program Tazkirah pula menyentuh tentang Fadilat Bulan Ramadhan, Keujudan Dajjal dan Kepentingan Pembacaan Surah Al-Fatihah dengan sempurna dalam solat.  

Setiap atlet diuji cara pembacaan Al-Fatihah dengan meminta atlet-atlet membacannya.

Memandangkan masa program berakhir hampir dengan waktu berbuka puasa tugasan diteruskan dengan berbuka bersama-sama atlet.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Atlet-Atlet dan Jurulatih-Jurulatih yang telah memberikan kerjasama dan sokongan menjadikan program ini berjalan dengan lancar.

Program Kerohanian di akhiri  dengan ucapan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIFIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN DAN SELAMAT BERCUTI" dari pihak Penceramah dan Pengurusan Akademi Serantau.

Terima kasih.

Disediakan oleh :
Fatimah Binti Jamil.

Thursday, July 17, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN CEK SKIM INSENTIF KECEMERLANGAN PUSAT LATIHAN NEGERI

Tarikh         :    10 Julai 2014 (Khamis)

Tempat       :    Kuarters Institut Pendidikan, 
                        Taman Desa Damai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Majlis Berbuka Puasa Akademi Serantau Majlis Sukan Negara Malaysia di Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan Program Tahunan anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silatulrahim antara satu sama lain.  

 

Pihak atau wakil yang menghadiri Majlis Berbuka Puasa tahun 2014 terdiri dari Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Persatuan Skuasy Kedah, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak, Kedah, Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah (PPD), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN PP), Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Politeknik Seberang Perai, SMK Permatang Rawa, Penduduk Kuarters Institut Pendidikan (KIP), Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang, Atlet-Atlet dan Jurulatih-Jurulatih dari Akademi Serantau Majlis Sukan Negara Malaysia, Ipoh dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kehadiran amat memberangsangkan dan dijangka seramai 250 orang.

 

Program bermula dari 6.30 petang dengan kehadiran jemputan-jemputan.  Sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Dato’ Seri Zolkples Embong (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara) telah melawat ke Tapak Binaan Sukan Tinju.

 

Program dimulakan dengan ucapan tama dari Dato’ Seri Zolkples Embong dan seterusnya Majlis Penyerahan Cek kepada Persatuan Skuasy Negeri Kedah.  Doa berbuka puasa telah dibaca oleh Ustaz Mohammad Redzuan Bin Che Man @ Harun merupakan Penceramah yang telah di lantik oleh Majlis Sukan Negara selaku untuk Program Kerohanian di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

 

Para jemputan dihidangkan dengan jamuan ringan dan seterusnya mengadakan Solat Maghrib Berjemaah yang di Imamkan oleh Ustaz Mohammad Redzuan Bin Che Man @ Harun. Selesai menjalankan Solat Maghrib Berjemaah para jemputan dijemput untuk menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.

 

Dengan izin ALLAH Majlis Berbuka Puasa Akademi Serantau 2014 dan Penyerahan Cek Skim Insentif Kecemerlangan Pusat Latihan Negeri yang disempurnakan oleh Dato' Seri Zolkples Embong (Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia) berjalan dengan lancar.

 

Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran jemputan-jemputan, khasnya Dato’ Seri Zolkples Embong yang telah memeriahkan lagi Program Tahun ini.  Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Kakitangan Unit Sukan Presatasi Tinggi Negeri Pulau Pinang,  Kakitangan dan Atlet-Atlet Akademi Serantau yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program kali ini.



Terima kasih.


Disediakan oleh :

Fatimah Binti Jamil.


Wednesday, July 16, 2014

PROGRAM KEROHANIAN DI AKADEMI SERANTAU BAGI BULAN JUN 2014

Tarikh        :   13 Jun 2014 (Jumaat) dan 21 Jun 2014 (Sabtu)

Tempat      :   Surau Kuarters Institut Pendidikan 
                      Akademi Serantau, Majlis Sukan Negara Malaysia
                      Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kehadiran :   
1.  Ustaz Mohammad Redzuan Bin Che Man @ Harun - Penceramah
2.  Atlet Angkat Berat
3.  Atlet Olahraga
4.  Atlet Tinju
5.  Atlet Berbasikal 


Laporan ringkas.

1.  Perbincangan Pihak Pengurusan Akademi Serantau, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Mertajam, Pulau Pinang  bersama Pihak Cawangan Pelapis Serantau untuk mengadakan Program Kerohanian di Akademi Serantau, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bermula akhir tahun 2013.

2.  Program ini diadakan untuk atlet-atlet di Akademi Serantau bertujuan memantapkan pengetahuan atlet tentang keperluan dalam kehidupan. Program ini dipanjangkan jemputan kepada Jurulatih-Jurulatih di Akademi Serantau, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berminat.

3.  Program Kerohanian anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini telah diluluskan oleh pihak Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet, Majlis Sukan Negara Malaysia bermula dari bulan Jun hingga Disember 2014.

4.  Program ini diadakan satu sesi setiap minggu selama satu jam.  Pihak Penceramah dan Pihak Pengurusan telah bersetuju mengadakan program tersebut di atas setiap hari Jumaat bermula dari 8.30 malam.

5.  Dalam bulan Jun hanya dua kali sahaja yang dapat dijalankan dan 13 Jun 2014 merupakan hari pertama dimulakan.  Program dimulakan dengan sesi suai kenal antara Penceramah dan Atlet-Atlet.  Program yang dirancang untuk satu jam berakhir selama 2 jam. 

Semuga ALLAH merahmati, memberkati dan mempermudahkan urusan perjalanan Program Kerohanian ini.  Aamiin.....


Terima kasih.

Disediakan oleh :

Fatimah Binti Jamil