Tarikh : 4, 11 &18 Julai 2014
Masa : 6.00 ptg -7.30 mlm
Penceramah : Ustaz Mohd Redzuan
Kehadiran :
1. Atlet Berat
2. Atlet Tinju
3. Atlet Taekwondo
4. Atlet Memanah
5. Atlet Berbasikal
6. Atlet Olahraga
Program Kerohanian ini telah bermula dari bulan Jun dan di jangka berakhir bulan Disember 2014. Program ini merangkumi Tazkirah, Penghayatan Al-Quran dan Tajwid. Sepanjang bulan Ramadhan program bermula dari 6.00 petang hingga 7.30 malam.
Pengisian Program Al-Quran dan Tajwid sepanjang bulan Julai mengenai pembacaan Al-Fatihah dan mengenal huruf-huruf jawi.
Program Tazkirah pula menyentuh tentang Fadilat Bulan Ramadhan, Keujudan Dajjal dan Kepentingan Pembacaan Surah Al-Fatihah dengan sempurna dalam solat.
Setiap atlet diuji cara pembacaan Al-Fatihah dengan meminta atlet-atlet membacannya.
Memandangkan masa program berakhir hampir dengan waktu berbuka puasa tugasan diteruskan dengan berbuka bersama-sama atlet.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Atlet-Atlet dan Jurulatih-Jurulatih yang telah memberikan kerjasama dan sokongan menjadikan program ini berjalan dengan lancar.
Program Kerohanian di akhiri dengan ucapan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIFIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN DAN SELAMAT BERCUTI" dari pihak Penceramah dan Pengurusan Akademi Serantau.
Terima kasih.
Disediakan oleh :
Fatimah Binti Jamil.
No comments:
Post a Comment