Wednesday, August 13, 2014

STATUS PEMBINAAN GELANGGANG TINJU AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA

Salam

Pembinaan Gelanggang Tinju di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara telah memasuki fasa akhir yang mana 95 peratus telah siap. Kini hanya melaksanakan kerja-kerja pendawaian yang dijangka siap pada 18 Ogos 2014. Kerja pembinaan gelanggang ini telah mengambil masa lebih 2 bulan bermula 19 Jun 2014. Sebahagian ruang di kawasan gelanggang tinju ini juga akan digunakan sebagai tempat latihan angkat berat yang mana ia ruang yang dikhaskan untuk tempat latihan angkat berat mampu menempatkan 6 platform. Menariknya, kawasan akademi kini akan lebih didedahkan dengan tempat latihan yang berdekatan dan memudahkan pergerakan atlet. Selain itu, dengan adanya gelanggang ini memberi kelebihan untuk penganjuran sesuatu kejohanan serta latihan pendedahan.


1 comment:

  1. salam sejahtera. saya pelajar daripada institut pendidikan guru kampus tuanku berminat membuat penulisan sejarah mengenai perjalanan kehidupan bekas atlet olahraga iaitu En. Krishnan Tambusamy. oleh itu bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat beliau? Diharap pihak admin dapat membantu saya. TERIMA KASIH.

    -NORAZLINDA
    EMAIL: WANCHIKSU@GMAIL.COM
    TELEFON: 0177745462

    ReplyDelete