Tuesday, December 9, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2 2014 (PELAPIS SERANTAU)

Pada 8 hingga 11 Disember 2014 akan berlangsung Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2 2014 yang diadakan di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu. Kejohanan melibatkan penyertaan dari atlet seluruh negara terdiri dari atlet pelapis negeri hingga atlet elit. Pelapis Serantau turut mengambil bahagian dengan menghantar seramai 11 orang atlet dan 5 orang jurulatih / pegawai pada kejohanan kali ini.

Sesi Mesyuarat pengurus yang diadakan pada sebelah petang 8hb berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Pada 9 Disember akan menyaksikan seramai 3orang atlet dari Pelapis Serantau mengambil bahagian bagi kategori Lelaki  56kg (Roney Jesus), 62kg (Mohd Zaidi) dan Wanita 48kg( Elly Cascandra). Turut diadakan juga upacara perasmian kejohanan yang akan dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Laporan disediakan oleh,
Ahmad Norzahin Bin Mohamed Zain,



Pengurus Sukan Pelapis Serantau

No comments:

Post a Comment