Sunday, October 16, 2011

Kejohanan Olahraga POA All Comers 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 16 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.15 petang
Tempat : Stadium Ipoh,Perak

Kejohanan Olahraga POA All Comers 2011 dengan kerjasama MBI/JBS/MILO/MSN Perak membuka tirai secara rasmi pada jam 2.30 petang. Sebanyak 32 pasukan telah berdaftar dengan penyertaan seramai 190 orang atlet lelaki dan 199 orang atlet wanita. Kejohanan ini melibatkan 2 kategori iaitu terbuka dan bawah 11 tahun. Bagi kategori bawah 11 tahun diadakan adalah untuk memberi pendedahan pada semua atlet sekolah untuk menguji kemampuan diri sendiri.

Kejohanan pada hari pertama hanya melibatkan kategori bawah 11 tahun sahaja dimana hanya 10 acara yang dipertandingkan. Untuk makluman kategori terbuka lelaki dan wanita akan berlangsung pada 16 oktober 2011 (Ahad) yang melibatkan pelapis serantau.

Keputusan Sebelah Pagi :-

Lompat Kijang Wanita Terbuka (Akhir)

1) Nor Amirah Mohd Nafiah (Pelapis Kebangsaan) - 13.06 meter
2) Norina Damnoen (Serantau Utara) - 11.53 meter
3) Norfazeelah Mat Sidin (PUO Perak) - 9.81 meter

5000 Meter Jalan Kaki Lelaki Terbuka (Akhir)

1) Muhammad Khairil Harith Harun (Pelapis Malaysia) - 23:10.26 saat
2) Seetiyaselan Mahalingam (Pelapis Serantau) - 24:24.77 saat
3) Mohd Azizi Anwar (Pelapis Serantau) - 25:26.66 saat

200 Meter Lelaki Terbuka (Separuh Akhir 1)

1)Kannathasan (Pelapis Serantau) - 22.11 saat
2) Md Azaha Md Ismail (Pahang) - 22.29 saat
3) Cheah Yau Chung (Pelapis Perak) - 22.98 saat

200 Meter Lelaki Terbuka (Separuh Akhir 2)

1)Nor Azizi Ariffin(Pelapis Serantau) - 22.86 saat
2) Md Izdham Md Mahrzah(Pahang) - 22.87 saat
3) Mohd Nor Syazwan (SMK Syed Hassan) - 23.35 saat

200 Meter Wanita Terbuka (Separuh Akhir)

1) Nor Atikah Md Izham (Pelapis Serantau) - 27.28 saat
2) Nurul Anis Fadlin (SMK Syed Hassan) - 28.15 saat
3) Nur Zafirah (SMK Mutiara Impian) - 28.61 saat

400 Meter Lelaki Terbuka (Separuh Akhir 1)

1) Yuvaraaj Paneselvam (Pelapis Serantau) - 50.8 saat
2) Mohd Aidil bin Ali (Pelapis Serantau) - 52.6 saat
3) Veneiss (Panthers) - 53.9 saat

400 Meter Lelaki Terbuka (Separuh Akhir 4)

1) Mohd Harmizi Arobi (Pelapis Serantau) - 53.5 saat
2) Mike Christie (Pelapis Perak) - 55.1 saat
3) P Puvareswaran (PUO) - 57.3 saat

400 Meter Lelaki Terbuka (Separuh Akhir 5)

1) Mohd Nasir bin Mohamad (Pelapis Serantau) - 52.9 saat
2) Wan Md Amar (SMK Mutiara Impian) - 53.2 saat
3) Mohamad Herwan Shah (Pelapis Serantau) - 54.8 saat

100 Meter Lari Berpagar Wanita Terbuka (Separuh akhir 1)

1) Nurfazlinda Shafei (Pelapis Serantau) - 14.8 saat
2) Juriani Mad Rodzi (POA/MSS Kerian) - 17.6 saat
3) Shahiratul Nabilah (SMK Mutiara Impian) - 18.4 saat

Semua atlet serantau yang bertanding pada peringkat separuh akhir telah melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada sebelah petang.

Keputusan Sebelah Petang.

200 Meter Wanita Terbuka (Akhir)

1) Nor Atikah Md Izham (Pelapis Serantau) - 27.28 saat
2) Kang Woon Yi (Perak) - 27.87 saat
3) Nurul Anis Fadlin (SMK Syed Hassan) - 28.30 saat

200 Meter Lelaki Terbuka (Akhir)

1) Md Azaha Md Ismail (Pahang) - 21.77 saat
2) Nor Azizi Ariffin (Pelapis Serantau) - 21.88 saat
3) Kannathasan (Pelapis Serantau) - 22.40 saat

100 Meter Lari Berpagar Wanita Terbuka (Akhir)

1) Nurfazlinda Shafei (Pelapis Serantau) - 15.10 saat
2) Juriani Mad Rodzi (POA/MSS Kerian) - 17.19 saat
3) Nurul Huda Ahmad (PUO) - 17.97 saat

400 Meter Lelaki Terbuka (Akhir)

1) Yuvaraaj Paneselvam (Pelapis Serantau) - 48.00 saat
2) Mohd Harmizi Arobi (Pelapis Serantau) - 49.58 saat
3) Mohd Nasir bin Mohamad (Pelapis Serantau) - 51.82 saat

Lompat Jauh Lelaki Terbuka (Akhir)

1) Pang Li Chong (PUO) - 7.46 meter
2) Jonathan Wong Kar Gee (Tsubasa K.Kinabalu) _ 6.75 meter
3) Nik Lukmanul Hakim (Pelapis Serantau) - 6.48 meter

Melempar Cakera Lelaki Terbuka (Akhir)

1)Md Firdaus Jamen (Perak) - 39.33 meter
2) Muhammad Azwan Fahmi (Pelapis Serantau) - 37.17 meter
3) Mohd Firdaus Talib (Besout) - 26.73 meter

Baling Tukul Besi Lelaki Terbuka (Akhir)

1) Ng Chee Chew (Pelapis Serantau) - 41.03 meter
2) A.Jason Raj (Seri Keledang) - 20.25 meter

Kejohanan pada kali telah melabuhkan tirai tepat jam 5.15 petang.

Sekian,Terima Kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 13, 2011

Sesi Psikologi Atlet Olahraga (balingan)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Program : Sesi Psikologi Bersama Atlet Olahraga ( Balingan )
Tarikh : 13 Oktober 2011 ( Khamis )
Masa : 10.30 pagi hingga 11.45 pagi
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara, Pulau Pinang

Jurulatih 
1)Hazril Bin Hassan
Atlet
1) Muhammad Azwan Fahmi Bin Zuhairi
2) Ng Chee Chew
 
Satu sesi psikologi bersama Institut Sukan Negeri Pulau Pinang telah diadakan buat kali pertama bagi tahun ini atas permintaan jurulatih Hazril Bin Hassan. Sesi ini akan dijalankan untuk semua atlet pelapis serantau dari masa ke semasa secara berperingkat-peringkat. Untuk makluman juga sesi ini bermula pada jam 10.30 pagi selepas selesai sesi latihan pagi. Sesi ini telah disampaikan oleh Cik Nur Diana binti Abu Hassan dan Puan Nurhanis. Beberapa tips dan teknik yang telah diberikan kepada atlet untuk kegunaan sebelum,semasa dan selepas pertandingan. Antara tips-tips yang disampaikan adalah seperti berikut :-
1) IMAGERY (bayangan semasa pertandingan)
     - Baring
     - Tarik nafas dalam kiraan 3 kali
     - Lepas dalam kiraan 6
(teknik ini perlu dilakukan sebanyak 3 kali)

2) PMR ( Progression Muscle Relaxation )
     - Rehatkan otot-otot seperti otot lengan,bahu dan sebagainya)
     - genggam tangan secara sederhana(teknik ini perlu dilakukan sebanyak 3 kali)

kerjasama daripada para atlet serta jurulatih amat memuaskan. Sesi ini berakhir pada jam 11.45 pagi.

Sekian, Terima Kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 8, 2011

Gotong Royong Pemindahan Alatan Gym ASZU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 08 Oktober 2011(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 ptg.
Tempat: Stadium Batu Kawan.

Seramai 20 orang atlet, jurulatih dan warden telah bertolak ke Stadium Batu kawan untuk bersama-sama bergotong royong bagi memindahkan alatan-alatan gym ke lokasi yang baru. Alatan-alatan tersebut juga akan ditempatkan di Politeknik Seberang Perai sebagai pusat latihan untuk atlet-atlet pelapis serantau menjalani latihan. Alatan gym ini juga adalah bantuan daripada Majlis Sukan Negara Malaysia untuk latihan atlet-atlet pelapis serantau. Pihak akademi bersama USPTN Pulau Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR Pulau Pinang kerana memberi kerjasama dalam penyediaan pengangkutan untuk mengangkat peralatan gym. Tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Seberang Perai kerana sudi memberi kerjasama dan penempatan untuk alatan gym.

Sekian,Terima Kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 1, 2011

Pemantauan latihan skuad olahraga

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 01 Oktober 2011(Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Taman Kebun Bunga,Pulau Pinang

Skuad olahraga seramai 9 orang atlet dan seorang jurulatih telah bergerak ke tempat yang dituju untuk memulakan latihan khas iaitu latihan bukit.Tujuan latihan khas ini dijalankan untuk menguji dan memperkuatkan ketahanan otot-otot kaki. Disamping itu juga ia dapat memperlihatkan ketahanan mental dan fizikal setiap atlet.Teknik larian bio mechanic dan lactose tolerance juga dapat dipraktik dalam latihan pagi ini.

Sekian,Terima Kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.