Thursday, October 13, 2011

Sesi Psikologi Atlet Olahraga (balingan)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Program : Sesi Psikologi Bersama Atlet Olahraga ( Balingan )
Tarikh : 13 Oktober 2011 ( Khamis )
Masa : 10.30 pagi hingga 11.45 pagi
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara, Pulau Pinang

Jurulatih 
1)Hazril Bin Hassan
Atlet
1) Muhammad Azwan Fahmi Bin Zuhairi
2) Ng Chee Chew
 
Satu sesi psikologi bersama Institut Sukan Negeri Pulau Pinang telah diadakan buat kali pertama bagi tahun ini atas permintaan jurulatih Hazril Bin Hassan. Sesi ini akan dijalankan untuk semua atlet pelapis serantau dari masa ke semasa secara berperingkat-peringkat. Untuk makluman juga sesi ini bermula pada jam 10.30 pagi selepas selesai sesi latihan pagi. Sesi ini telah disampaikan oleh Cik Nur Diana binti Abu Hassan dan Puan Nurhanis. Beberapa tips dan teknik yang telah diberikan kepada atlet untuk kegunaan sebelum,semasa dan selepas pertandingan. Antara tips-tips yang disampaikan adalah seperti berikut :-
1) IMAGERY (bayangan semasa pertandingan)
     - Baring
     - Tarik nafas dalam kiraan 3 kali
     - Lepas dalam kiraan 6
(teknik ini perlu dilakukan sebanyak 3 kali)

2) PMR ( Progression Muscle Relaxation )
     - Rehatkan otot-otot seperti otot lengan,bahu dan sebagainya)
     - genggam tangan secara sederhana(teknik ini perlu dilakukan sebanyak 3 kali)

kerjasama daripada para atlet serta jurulatih amat memuaskan. Sesi ini berakhir pada jam 11.45 pagi.

Sekian, Terima Kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment