Thursday, August 30, 2012

Sesi taklimat kemasukan baru atlet Pelapis Serantau ke Kolej AUCMS.

Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Masa : 10.30 am - 12.45 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat AUCMS, Kepala Batas, Pulau Pinang

Satu sesi taklimat antara atlet bersama pihak Kolej Universiti AUCMS yang dipengerusikan oleh Encik Nurul Akmal Bin Azizan selaku Pengarah Pusat Sukan Kolej Universti AUCMS telah diadakan yang mana ia bertujuan memberi penerangan cara-cara untuk mengisi borang pendaftaran bagi kemasukan bulan September atau Oktober 2012. Selain itu, pihak AUCMS juga memberi sedikit maklumat berkenaan kos yang dipilih oleh setiap atlet. Disamping itu juga, pihak Kolej Universiti turut menawarkan pembiayaan 100 peratus bagi atlet yang mewakili Malaysia dan 50 peratus bagi yang mewakili Negeri dan 25 peratus bagi yang mewakili kolej tersebut. Setelah selesai sesi taklimat atlet dibawa melawat setiap makmal dan bilik pembelajaran bagi memberi gambaran sebenar sebelum memulakan sesi pengajian. Untuk makluman seramai 6 orang atlet yang terdiri daripada 4 atlet angkat berat, 1 atlet olahraga dan 1 atlet memanah yang berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma.

Sekian,Terima Kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 9, 2012

LAPORAN HARI KEDUA MESYUARAT PENILAIAN ATLET PELAPIS SERANTAU 2012

Tarikh. : 09 Ogos 2012
Masa : 9:00 am - 12:30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat New York Hotel

9:00 - 12:30 pm

Sesi pembentangan penilaian prestasi atlet diteruskan pada hari kedua yang mana hanya sukan Berbasikal yang terlibat. Dua jurulatih dari ASZU iaitu Eddie Nor Shamshidie dan PLS Ipoh iaitu Jamaludin Omar membuat pembentangan bagi atlet Berbasikal masing- masing.

Agenda :

i. Penilaian prestasi atlet sepanjang 6 bulan pertama 2012
ii. Penambahan dan pengguguran atlet.
iii.Status pembekalan peralatan
iv.Kejohanan dan cadangan kejohanan yang disertai sepanjang 6 bulan seterusnya tahun 2012

Pada sesi ini, prestasi dan status terkini atlet akan direkodkan dan dimajukan untuk rujukan dan perbincangan di peringkat Cawangan. Pada hari ini,telah selesai sesi pembentangan semua sukan.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 8, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA MESYUARAT PENILAIAN ATLET PELAPIS SERANTAU 2012

Tarikh   : 8 Ogos 2012 ( Rabu )

Tempat : Bilik Mesyuarat New York Hotel, Johor Bahru.

Masa    : 8.30 am – 6.00 pm

 

8:30 am - 9:30 am

 

Encik Mohd Nor Izuwan (KUPS) mengalu-galukan kedatangan semua jurulatih Pelapis Serantau ke Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau Tahun 2012 yang melibatkan 13 orang jurulatih bagi sukan Angkat Berat,Memanah,Olahraga,Tinju dan Berbasikal. Seawal jam 8.30 am, dimulakan sesi perkenalan Pengurus Sukan baru iaitu Encik Vimalan A/L Palaniappan serta taklimat Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau 2012. Beberapa tambahan maklumat program Pelapis Serantau mengenai status perpindahan atlet ASZU ke bangunan baru (KIP) dan dijangka siap pada 31 Ogos 2012. Makluman kepada jurulatih mengenai pencapaian atlet di Sukma Pahang XV 2012 dimana seramai 82 atlet terlibat dan pungutan pingat sebanyak 49 pingat yang melibatkan 6 sukan merangkumi 17 emas, 12 perak dan 20 gangsa.

 

10:00 am – 12:00 pm

 

Sesi Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau 2012 dimulakan dengan sukan Angkat Berat yang dihadiri oleh jurulatih Mohd Aizat (ASZU), jurulatih Nordin (PLS KB) dan jurulatih Mohd Saiful Farham (ASZS). Pada sesi ini, setiap jurulatih membentangkan prestasi atlet masing-masing sepanjang tempoh 6 bulan pertama 2012. Selain itu, turut dibincangkan pengguguran dan penambahan atlet. Jurulatih juga turut mencadangkan beberapa kejohanan luar dan dalaman untuk disertai sepanjang 6 bulan seterusnya bagi tahun 2012.

 

12:00 pm – 1:00 pm

 

Sesi kedua diteruskan dengan sukan Tinju yang dihadiri oleh jurulatih Zulkefli (ASZS). Penerangan jurulatih hanya melibatkan status peralatan yang masih belum diterima sehingga hari ini serta cadangan kejohanan yang akan disertai serta perlawanan persahabatan bersama negara jiran. Bagi penilaian prestasi atlet, tidak banyak isu yang diketengahkan yang mana semua atlet adalah atlet yang baru (kemasukan 01 Mei 2012) dan hanya 4 atlet dari 9 atlet yang menyertai Sukan Malaysia XV 2012. Penilaian seterusnya akan dinilai pada 6 bulan berikutnya.

 

2:00 pm – 4:00 pm

 

Sesi petang diteruskan dengan sukan Memanah yang mana melibatkan 3 jurulatih iaitu jurulatih Mohd Gatot Tohir (ASZU), Lim Geo Pong (ASZS), Mohd Azizul Khairi (ASZS). Sesi perbentangan turut melibatkan prestasi atlet, cadangan kejohanan serta penambahan dan pengguguran atlet. Turut dibincangkan permasalahan yang kerap berlaku iaitu pemohonan lewat peralatan (arrow) dan aksesori memanah yang mana sering dipohon dalam tempoh masa yang agak singkat sebelum ke kejohanan.

 

4:30 pm – 6:00 pm

 

Sesi terakhir untuk hari ini melibatkan sukan Olahraga yang dihadiri oleh jurulatih Suhairi (SAAS), jurulatih Hazril (ASZU), jurulatih Azmi (ASZU), jurulatih Ahmad Mazlan (ASZU). Melalui laporan daripada setiap jurulatih mendapati bahawa sukar untuk mendapatkan atlet yang melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan. Antara perbentangan lain yang diusulkan oleh setiap jurulatih adalah penambahan atlet dan penglibatan atlet ke kejohanan luar.

 


Pada jam 6:00 pm, sesi penilaian prestasi atlet telah tamat yang mana melibatkan 4 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Tinju, Memanah dan Olahraga dan akan bersambung esok pada sesi pagi melibatkan satu sukan sahaja iaitu sukan Berbasikal. Pada sebelah petang akan bermula Mesyuarat Penganjuran Kejohanan Memanah Pelapis 2012. Untuk makluman, rumusan maklumat prestasi atlet Pelapis Serantau 2012 selama dua hari ini akan dilengkapkan dalam masa yang terdekat dan diedarkan sebagai rujukan dan penilaian di peringkat Cawangan.

 


Terima Kasih


Friday, August 3, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN KIP DESA DAMAI

Assalamualaikum wbt.

Tarikh : 03 Ogos 2012 (Jumaat)
Tempat : Kuarters Institut Pendidikan Bukit Mertajam. 
Masa : 11.00 pagi hingga 12.15 tengahari.

Satu perbincangan ringkas Encik Mohd Nor Izuwan (KUPS) bersama Pihak JKR SPT dan Kontraktor telah diadakan bagi membincangkan status perlaksanaan terkini berkenaan penempatan atlet di KIP tersebut. Berikut beberapa maklumbalas berkenaan projek Baikpulih Kuarters Institut Pendidikan (KIP) di Bukit Mertajam.

Kehadiran :
1. Mohd Izuwan Hj Mohd Ariffin - Ketua Unit Pelapis Serantau.
2.Syamsul Afzan Md Nor - Pengurs Sukan
3. Vimalan - Pengurus Sukan
4. Mohamad Faizal B Shahadan - Jurutera Senggara JKR SPT
5. Azirul Adzmy - Juruteknik Cawangan Elektrik Pulau Pinang
6. Encik  Amir - Wakil NZ Ideal Enteprise.
7. Mohd Azman - Wakil Elektrikal.

1. Encik Faizal (Jurutera Senggara JKR SPT) memaklumkan bahawa segala proses kerja-kerja pembaikpulihan KIP akan disiapkan segera sebelum 31 Ogos 2012 (Jumaat). Ini kerana ada beberapa bahagian proses yang belum dilaksanakan berikutan menunggu kelulusan untuk pemasangan daripada beberapa pihak yang berkenaan seperti TNB dan PBA.

2. Bagi bahagian elektrikal, pihak kontraktor masih menunggu surat "Charge Sambungan Sesala"daripada TNB untuk membuat pemasangan meter pada main board utama untuk ditarik pada setiap unit rumah. Pihak TNB juga telah memaklum bahawa pemasangan itu akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

3. Pihak JKR bersama kontraktor juga akan membuat satu perjumpaan bersama PBA SPT bagi mendapatkan kebenaran untuk pemasangan meter air baru.

4. Untuk makluman setiap unit rumah pada bahagian dalaman akan dicat pada warna asal berikutan ada bahagian-bahagian yang telah ditampal dengan simen. Bagi pentadbiran pula akan dicat pada warna yang bersesuaian agar suasana dalaman akan nampak ceria dan menarik.

5. Pada bahagian tandas juga akan diproses untuk penggantian serta pemasangan kepala paip serta shower. Bumbung tandas juga akan dibuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kesan kebocoran.

6. Di sekeliling bangunan ini juga akan dipasang sistem pagar berdawai dan pintu grill untuk keselamatan setiap penghuni. Ini juga dapat memastikan displin setiap atlet dapat dikawal serta di pantau.

Pihak MSN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang hadir pada hari ini bagi memastikan segala perancangan yang dirancang mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

Sekian.

Thursday, August 2, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL AKADEMI SERANTAU ZON UTARA PULAU PINANG

Tarikh : 02 Ogos 2012
Masa. : 04.15 pm-06.30 pm
Tempat : Sekitar Akademi Serantau Zon Utara

Kehadiran :

1. Jurulatih

1.1 Eddie Norshamshidie (JPM)
1.2 Mohammad Hatta (JPM)

2. Atlet

2.1 Atlet sedia ada- 10 orang
2.2 Atlet menjalani latihan bersama
PK - 4 orang
  
3. Sesi Latihan

3.1. Kayuhan 60 km
3.2.Kelajuan 30 -35 km
3.3.Gearing 39 x 17

4. Ujian

Pada 7-10 Ogos 2012,satu ujian kecergasan atlet akan dilakukan dengan kerjasama USM yang mana semua atlet akan dinilai tahap kecergasan fizikal dan VO 2 Max.

5. Pertandingan

Tiada pertandingan dijalankan memandangkan atlet baru selesai menghadapi Temasya Sukan Malaysia XV Pahang 2012. Secara ringkasnya, 80 peratus atlet Berbasikal ASZU pertama kali menghadapi temasya tersebut dan tiada keputusan membanggakan, hanya Mohd Fairet dan Abdul Rashid membantu N9 memperoleh tempat kedua bagi acara Team time trial. Penilaian atlet juga akan diadakan pada 8 Ogos 2012 di ASZS bagi membincangkan prestasi atlet sepanjang setengah tahun bagi tahun 2012

6. Kecederaan
Tiada

7. Peralatan

Peralatan sedia ada seperti tiub dan tayar telah habis digunakan dan sekarang menunggu peralatan berbasikal yang telah dipohon.Perkara ini perlu dipercepatkan memandangkan keperluan ini membantu dalam sesi latihan atlet yang mana program latihan akan lebih mencabar selepas bulan ramadhan.

8. Ulasan

8.1. Latihan dijalankan seperti biasa pada bulan ramadhan (sesi petang)

8.2. Penilaian atlet akan diadakan pada 8 Ogos 2012 di ASZS bagi membincangkan prestasi atlet sepanjang setengah tahun.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAPORAN PEMANTAUAN AKADEMI SERANTAU ZON UTARA PULAU PINANG

Tarikh. : 02 Ogos 2012
Masa : 12:30 tghari - 4:00 ptg
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara Pulau Pinang

12:30 pm

Pemantauan di Akademi bermula dengan perjumpaan En. Izuwan iaitu Ketua
Unit Pelapis Serantau bersama atlet dan jurulatih seramai 20 atlet dan
4 jurulatih merangkumi sukan memanah,olahraga, angkat berat dan
berbasikal. Sebilangan atlet mengikuti sesi persekolahan pada waktu
tersebut.

Pecahan maklumat atlet:

Olahraga. -12 (L) 4 (W)
Berbasikal. - 10 (L) sedia ada
4 (L) attachment PK
Memanah. - 6 (L)
Angkat Berat - 3 (L) , 2 (W)
Jumlah di ASZU (36 atlet)

Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk mengenalpasti pemasalahan
atlet,keperluan semasa di Akademi serta sesi perkenalan Pengurus Sukan
yang baru iaitu En. Vimalan. Melalui maklumbalas dari atlet dan
pengurus ASZU,tiada permasalahan yang series. En Izuwan turut memberi
penerangan berkenaan peluang bagi atlet lepasan sekolah melanjutkan
pelajaran yang mana hasil kerjasama bersama pihak Kolej Universiti
AUCMS mengalukan kemasukan atlet-atlet yang berminat.

2:00 pm

Satu perjumpaan antara atlet bersama pihak Kolej Universiti AUCMS yang
dipengerusikan oleh Dato' Zainuddin selaku Presiden Kolej Universti
AUCMS telah diadakan yang mana ia bertujuan memberi penerangan kepada
atlet bagi kemasukan ke Kolej Universiti tersebut. Selain itu,pihak
Universiti turut menawarkan kursus peringkat Diploma selama 3 tahun
seperti Diploma Sains Sukan, Fisioterapi dan sebagainya. Selain
itu,pihak Universiti turut menawarkan pembiayaan 100 peratus bagi
atlet yang mewakili Malaysia dan 50 peratus bagi yang mewakili
Negeri,juga turut dimuatkan pakej pembelajaran yang fleksible.Perkara
ini membuka peluang kepada atlet dalam mengimbangi keperluan pelajaran
dan sukan. Melalui perbualan bersama pihak Universiti,mereka akan
bekerjasama dalam membantu atlet meneruskan pelajaran sambil bersukan.

Sekian

LAPORAN PEMANTAUAN AKADEMI SERANTAU ZON UTARA PULAU PINANG

Tarikh. : 02 Ogos 2012
Masa : 12:30 tghari - 4:00 ptg
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara Pulau Pinang

12:30 pm

Pemantauan di Akademi bermula dengan perjumpaan En. Izuwan iaitu Ketua Unit Pelapis Serantau bersama atlet dan jurulatih seramai 20 atlet dan 4 jurulatih merangkumi sukan memanah,olahraga, angkat berat dan berbasikal. Sebilangan atlet mengikuti sesi persekolahan pada waktu tersebut.

Pecahan maklumat atlet:

Olahraga. -12 (L) 4 (W)
Berbasikal. - 10 (L) sedia ada
4 (L) attachment PK
Memanah. - 6 (L)
Angkat Berat - 3 (L) , 2 (W)
Jumlah di ASZU (35 atlet)

Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk mengenalpasti pemasalahan atlet,keperluan semasa di Akademi serta sesi perkenalan Pengurus Sukan yang baru iaitu En. Vimalan. Melalui maklumbalas dari atlet dan pengurus ASZU,tiada permasalahan yang series. En Izuwan turut memberi penerangan berkenaan peluang bagi atlet lepasan sekolah melanjutkan pelajaran yang mana hasil kerjasama bersama pihak Kolej Universiti AUCMS mengalukan kemasukan atlet-atlet yang berminat.

2:00 pm

Satu perjumpaan antara atlet bersama pihak Kolej Universiti AUCMS yang dipengerusikan oleh Dato' Zainuddin selaku Presiden Kolej Universti AUCMS telah diadakan yang mana ia bertujuan memberi penerangan kepada atlet bagi kemasukan ke Kolej Universiti tersebut. Selain itu,pihak Universiti turut menawarkan kursus peringkat Diploma selama 3 tahun seperti Diploma Sains Sukan, Fisioterapi dan sebagainya. Selain itu,pihak Universiti turut menawarkan pembiayaan 100 peratus bagi atlet yang mewakili Malaysia dan 50 peratus bagi yang mewakili Negeri,juga turut dimuatkan pakej pembelajaran yang fleksible.Perkara ini membuka peluang kepada atlet dalam mengimbangi keperluan pelajaran dan sukan. Melalui perbualan bersama pihak Universiti,mereka akan bekerjasama dalam membantu atlet meneruskan pelajaran sambil bersukan.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone