Friday, January 30, 2015

PERJUMPAAN PENGURUS BERSAMA ATLET-ATLET TINJU PELAPIS SERANTAU

Tarikh     :  30 Januari 2015 (Jumaat)
Masa      :  3.00 - 3.45 petang
Kehadiran Atlet :  12 orang

Satu perjumpaan pengurus akademi bersama atlet-atlet tinju Pelapis Serantau telah diadakan dimana bertujuan untuk bertanya khabar dan bagi menghilangkan rasa rindu mereka terhadap keluarga. 

Dengan mengadakan perjumpaan secara santai ini dengan harapan dapat membuka ruang untuk para atlet untuk berkomunikasi dan mengeratkan lagi perhubungan baik antara atlet dan Pengurus Akademi Serantau. Pada masa yang sama, Pengurus juga turut bertanyakan tentang hal -hal berkaitan dengan sekolah dan juga sesi latihan.

Program sebegini diharapkan agar dapat diteruskan untuk sukan-sukan lain yang ada di Akademi Serantau.
LAPORAN OLEH,
FATIMAH BINTI JAMIL
PENGURUS AKADEMI PELAPIS SERANTAU

Wednesday, January 21, 2015

PEMANTAUAN AKADEMI SERANTAU UNTUK LATIHAN SUKAN TAEKWONDO

Tarikh                    :    15 Jan 2015 (Khamis)
Masa Latihan       :     5.30 petang hingga 7.00 malam
Tempat Latihan   :    Perkarangan Kompleks Silat, MSN Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet   :    1 Wanita dan 4 Lelaki

Pada jam 5.00 petang saya bersama Jurulatih Ryan Chong dan 5 orang atlet telah berangkat ke Pulau Pinang.

Tujuan pertama adalah membawa  dua orang atlet yang akan menjalani rawatan fisio dan rehab, susulan kecederaan yang dialami sewaktu latihan.  Sesi fisio dan rehab tersebut telah diuruskan oleh Jurulatih Gunasegaran bersama pihak MSNP dan ISNPP. Pihak Akademi Serantau mengucapkan terima kasih kepada Jurulatih Gunasegaran yang telah menguruskan sesi fisio dan rehab untuk kedua-dua atlet  tersebut dan tidak lupa ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai Fisio MSNPP dan Ketua Pusat ISNPP atas kerjasama yang diberikan kepada Atlet Pelapis Serantau sepanjang rawatan dijalankan.

Pada masa yang sama adalah untuk membawa Jurulatih Ryan Chong ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Latihan yang dijalankan oleh Jurulatih Gunasegaran dan Ryan Chong adalah seperti berikut :
1. Long Slow Distance - 30 min
2. 50 meter sprint x 10 rep
3. General Strength and Conditioning
4. Warming down

Jurulatih telah memberi sedikit taklimat tentang latihan-latihan yang dijalankan dan persediaan penglibatan dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang. Sesi pada petang tersebut diakhiri dengan kata-kata semangat dari Pengurus Akademi Serantau yang ada bersama.

"BE A FIGHTER !!!!!!!"

LAPORAN OLEH,
FATIMAH BINTI JAMIL
PENGURUS AKADEMI PELAPIS SERANTAU

Friday, January 16, 2015

PERJUMPAAN PENGETUA SMK PERMATANG RAWA BERSAMA WARIS-WARIS TINGKATAN LIMA 2015

Tarikh      :   15 Jan 2015 (Khamis)
Masa        :   11.30 pagi - 2.00 petang

Jemputan dari pihak sekolah kepada semua waris-waris tingkatan 5 bertujuan untuk meminta kerjasama  dan sokongan dari waris-waris untuk membantu pelajar-pelajar berjaya dalam pelajaran dan sukan.

Pada hari yang sama pihak sekolah telah menyerahkan Wang Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100.00 kepada waris-waris dan memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang didalam tingkatan 4 pada tahun 2014. Tajuk program tersebut ialah Penyampian Keputusan Peperiksaan Akhir untuk Tingkatan 4 tahun 2014.

Pihak Akademi Serantau merasa amat berbangga kerana salah seorang atlet didalam Program Pelapis Serantau Majlis Sukan Negara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan "Top 10 Students" dalam menerima Penyampian Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 tahun 2014.   Beliau adalah Quak Ting Hua dari Sukan Memanah.

Kata-kata semangat program diakhiri dengan ucapan dari Pengetua SMK Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

"KEJAYAAN PELAJAR-PELAJAR TERLETAK DITANGAN PIHAK SEKOLAH DAN WARIS-WARIS".
Laporan disediakan oleh
Fatimah Binti Jamil
Pengurus Akademi Pelapis Serantau

Tuesday, January 13, 2015

PENDAFTARAN ATLET PELAPIS SERANTAU KE SEKOLAH

Tarikh :13 Jan 2015 (Selasa)

Seramai 13 atlet baru yang telah didaftarkan ke SMK Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari ini.

Melalui sesi pendaftaran ini, pihak pengurusan akademi mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Pengetua SMK Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang memaklumkan tentang kemasukan pelajar-pelajar dari Akademi Serantau Majlis Sukan  Negara di Pulau Pinang.

Pengetua sekolah memaklumkan Program Perjumpaan Pengetua Bersama Waris Tingkatan 5 akan diadakan pada 15 Jan 2015, masa 12.00 tengahari dan memohon pihak waris bagi atlet-atlet Pelapis Serantau untuk hadir bersama.
Laporan disediakan oleh,
Fatimah Binti Jamil
Pengurus Akademi Pelapis Serantau

Monday, January 12, 2015

KEM BINA SEMANGAT PELAPIS SERANTAU 2015 : HARI KETIGA

11 JANUARI 2015

Hari ini merupakan hari terakhir Program Kem Bina Semangat Atlet Pelapis Serantau Majlis Sukan Negara, Malaysia.

Majlis Penutupan telah dilaksanakan oleh Pengarah Cawangan Pelapis. En. Jefri Ngadirin dan dihadiri oleh Ketua Unit Pelapis Kebangsaan En. Azrul Hisham Abdul Jalil, Ketua Unit Pelapis Serantau En. Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz, Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi dari Negeri Terengganu En. A. Zulkefli Mohammad, Negeri Pahang En. Syamsudin Sukemi, Negeri Kedah En. Mohd Farid Mohamad, Pegawai Cawangan Hal Ehwal Atlet Majlis Sukan Negara - Pn. Razmah Mansor dan En. Mohd Akmal Zainuddin dan Kakitangan Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Terima kasih kepada semua pihak terutama atlet-atlet yang telah memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan program ini. Semoga anda semua berjaya....

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
LAPORAN OLEH,
FATIMAH BINTI JAMIL
PENGURUS AKADEMI PELAPIS SERANTAU

KEM BINA SEMANGAT PELAPIS SERANTAU 2015 : HARI KEDUA

10 JANUARI 2015

Hari kedua Kem Bina Semangat Pelapis Serantau diteruskan lagi dengan beberapa aktiviti outdoor. Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan :

1. Berkayak
2. River Crossing
3. Obstacles 
4. Flying Fox
5. Abseiling dan Repairling
6. Night Walk
LAPORAN OLEH,
FATIMAH BINTI JAMIL
PENGURUS AKADEMI PELAPIS SERANTAU