Saturday, January 10, 2015

KEM BINA SEMANGAT PELAPIS SERANTAU 2015 : HARI PERTAMA

Tarikh      : 9 - 11 Jan 2015
Tempat   :  Kem Paya Pahlawan Jitra, Kedah

Berikut adalah jumlah peserta mengikut sukan :


1) Angkat Berat : 9 org
2) Berbasikal : 8 org
3) Memanah : 5 org
4) Olahraga : 26 org
5) Taekwondo : 4 org
6) Tinju : 5 org
7) Pegawai : 10 org

Pembukaan tirai tahun 2015, Cawangan Pelapis MSNMM telah menganjurkan Kem Bina Semangat untuk Atlet Pelapis Serantau yang diadakan di Kem Paya Pahlawan Jitra, Kedah. Kem pada kali ini disertai seramai 57 orang atlet dan 10 orang pegawai.

Pada hari pertama program, aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran  dan diikuti dengan taklimat oleh warden sebelum berangkat ke lokasi kem.


Program diakhiri dengan Sesi Ice Breaking yang dikelolakan oleh Pn. Razmah Mansor dan En. Mohd Akmal Zainuddin,  pegawai  dari Cawangan Hal Ehwal Atlet, Majlis Sukan Negara Malaysia.
LAPORAN OLEH,
FATIMAH BINTI JAMIL
PENGURUS SUKAN AKADEMI SERANTAU

No comments:

Post a Comment