Tarikh : 15 Jan 2015 (Khamis)
Masa Latihan : 5.30 petang hingga 7.00 malam
Tempat Latihan : Perkarangan Kompleks Silat, MSN Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 1 Wanita dan 4 Lelaki
Pada jam 5.00 petang saya bersama Jurulatih Ryan Chong dan 5 orang atlet telah berangkat ke Pulau Pinang.
Tujuan pertama adalah membawa dua orang atlet yang akan menjalani rawatan fisio dan rehab, susulan kecederaan yang dialami sewaktu latihan. Sesi fisio dan rehab tersebut telah diuruskan oleh Jurulatih Gunasegaran bersama pihak MSNP dan ISNPP. Pihak Akademi Serantau mengucapkan terima kasih kepada Jurulatih Gunasegaran yang telah menguruskan sesi fisio dan rehab untuk kedua-dua atlet tersebut dan tidak lupa ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai Fisio MSNPP dan Ketua Pusat ISNPP atas kerjasama yang diberikan kepada Atlet Pelapis Serantau sepanjang rawatan dijalankan.
Pada masa yang sama adalah untuk membawa Jurulatih Ryan Chong ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Latihan yang dijalankan oleh Jurulatih Gunasegaran dan Ryan Chong adalah seperti berikut :
1. Long Slow Distance - 30 min
2. 50 meter sprint x 10 rep
3. General Strength and Conditioning
4. Warming down
Jurulatih telah memberi sedikit taklimat tentang latihan-latihan yang dijalankan dan persediaan penglibatan dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang. Sesi pada petang tersebut diakhiri dengan kata-kata semangat dari Pengurus Akademi Serantau yang ada bersama.
"BE A FIGHTER !!!!!!!"
LAPORAN OLEH,
FATIMAH BINTI JAMIL
PENGURUS AKADEMI PELAPIS SERANTAU
No comments:
Post a Comment