Masa :
8.30pm - 10.45pm
Tempat :
Bilik Rehat
Program : Ceramah Keagamaan
Kehadiran Atlet :
1) Angkat Berat - 6 orang
2) Berbasikal - 10 orang
3) Olahraga - 17 orang
4) Memanah - 6 orang
5) Taekwondo - 6 orang
6) Tinju - 12 orang
Penceramah :
Ustaz Mohammad Redzuan Bin Che
Man dari Jabatan Agama Islam Negeri, Pulau Pinang yang telah dilantik oleh
Cawangan Hal Ehwal Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia.
Topik : Mengatasi Tekanan / Stress
Akademi Serantau Pulau Pinang sekali lagi telah mengadakan program kerohanian dimana pada tahun lalu program sedemikian rupa juga telah dianjurkan. Program ini dijadualkan akan berlansung selama 11 bulan mulai Februari hingga Disember 2015.
Berikut merupakan pengisiannya program tersebut :
Minggu Pertama :
Ceramah Bulanan
Minggu Kedua :
Pembelajaran Iqrak
Minggu Ketiga :
Pembelajaran Feqah
Minggu Keempat :
Latih Tubi Tajwid dan Tulisan
Jawi
Aktiviti pada minggu yang pertama adalah diwajibkan kepada semua
atlet, manakala pada minggu kedua hingga keempat pula diwajibkan bagi semua atlet beragama Islam dan terbuka kepada atlet yang bukan beragama
Islam.
Sebagai pembuka tirai Program
Kerohanian tahun 2015, satu Sesi Ceramah telah diadakan untuk Atlet Pelapis
Serantau. Kehadiran atlet adalah amat memuaskan dan diharapkan melalui program ini, atlet mendapat manfaat dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Mudah-mudahan juga program ini
dapat membantu kemajuan atlet di dalam sukan dan juga pelajaran.
LAPORAN OLEH,
FATIMAH JAMIL
PENGURUS AKADEMI SERANTAU MSN
No comments:
Post a Comment