Monday, March 16, 2015

PEMANTAUAN DI AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA, PULAU PINANG DAN PUSAT LATIHAN

Pengurus sukan Pelapis Serantau telah berangkat ke Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Pulau Pinang bagi memantau dan berjumpa dengan pegawai,jurulatih serta atlet di sana.
Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya ialah :-

Pengurusan Akademi

1 - Perbincangan berkenaan dengan disiplin atlet dari segi latihan, waktu persekolahan dan juga kebersihan di dalam akademi.

2 - Makluman daripada pihak pengurusan akademi kepada Pengurus Pelapis Serantau.

3 - Warden perlu berada di akademi setiap masa dan pemantauan yang tersusun perlu dipraktikkan agar dapat meminimumkan masalah masalah di akademi.


Perjumpaan bersama jurulatih

1) Olahraga
- Jurulatih Thambu yang baru pulih dari kecederaan kembali melatih atlet bagi menghadapi Kej. Olahraga FTAA Under Distance.
- Pengurusan tempat tinggal JLN, Alexsandr Gasparyan .
- Jurulatih akan memantau kejohanan peringkat MSS Negeri iaitu Perlis Kedah dan Pulau Pinang bagi mencari bakat bakat baru.


2) Berbasikal

- Hanya latihan di Roller dijalankan oleh jurulatih, En Zamani
- Jurulatih , En Hatta yang mengalami kecederaan kerana terlibat kemalangan masih cuti sakit dan dimaklumkan jurulatih berkenaan baru keluar dari Hospital Pulau Pinang pada hari ini.


3) Tinju

- Latihan dijalankan di Akademi dan Kolam Renang.
- JLN memaklumkan persediaan atlet bagi menghadapi temasya CYG 2015 sedikit terbantut kerana kurangya pendedahan pertandingan didalam dam luar negara.


Perjumpaan bersama atlet

- Kesemua atlet telah dimaklumkan agar menjaga kebersihan dan disiplin di Akademi.
- Telah diingatkan juga agar atlet lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.


Pemantauan hari kedua akan bersambung pada esok hari iaitu bagi sukan memanah dan angkat berat yang beraksi di Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan  2015.
LAPORAN OLEH,
AHMAD NORZAHIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU

No comments:

Post a Comment