Monday, March 16, 2015

PEMANTAUAN DI AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA, PULAU PINANG DAN PUSAT LATIHAN

Pemantauan di akademi dan pusat latihan bagi sukan memanah, olahraga dan taekwondo bersambung pada hari ini. Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya : -

Pengurusan Akademi

- Bagi memaksimumkan tahap keselamatan, pihak pengurusan akademi bercadang agar asrama akademi diletakkan cctv bagi memantau pergerakan atlet.
- Pihak pengurusan memohon pembelian langsir di rumah atlet yang telah rosak.


Perjumpaan bersama jurulatih

1) Taekwondo - Pengurus telah berjumpa dengan jurulatih sementara taekwondo yang juga merupakan jurulatih bagi negeri Pulau Pinang. Latihan tetap berjalan iaitu di dua tempat samada di pusat latihan tekwondo pelapis serantau ataupun di Majlis Sukan Pulau Pinang. Latihan dijalankan bersama skuad SUKMA taekwondo Pulau Pinang.


2) Memanah - Latihan hanya dijalankan di Akademi kerana van didalam penyelenggaraan. Pihak jurulatih memaklumkan berkenaan peralatan target butt yang telah rosak dan perlu pembelian yang baru. Pasukan memanah Pelapis Serantau akan berangkat ke MSN Keramat pada 16 Mac ini untuk Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 1/2015.

3) Olahraga - Latihan di jalankan di Trek Latih Bukit Mertajam seperti biasa. Jurulatih, Rifat memaklumkan berkenaan beberapa orang atlet baru telah dikenalpasti hasil pemantauan di Kejohanan Peringkat Daerah/ Hari Sukan Sekolah di sekitar Pulau Pinang / Kedah.

Perjumpaan bersama atlet

- Terdapat beberapa atlet yang masih belum menerima elaun dan pengurus akan membuat semakan.

LAPORAN OLEH,
AHMAD NORZAHIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU

No comments:

Post a Comment