Friday, November 28, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014 : HARI KEDUA

Hari kedua kejohanan bermula dengan menyaksikan 2 orang lagi peninju dari Pelapis Serantau turun bertanding. Peninju pertama, Stevieromouldo Tan yang bermain pada bout ke 8 menentang peninju dari Negeri Sembilan bagi kategori 64-69 kg. Perlawanan yang berlangsung sebanyak 3 pusingan ini dimenangi oleh peninju dari Negeri Sembilan dengan kiraan mata sekaligus layak ke peringkat akhir.

Seterusnya,seorang lagi peninju Hasnizam Bah Angin telah menentang peninju dari Negeri Sembilan juga bagi kategori 49-52kg 15-16 tahun. Perlawanan yang sengit antara kedua peninju ini akhirnya perpihak kepada peninju dari Pelapis Serantau melalui kiraan mata. Ini sekaligus penyaksikan Hasnizam layak ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada esok hari.

Hari ketiga kejohanan akan berlangsung dimana seorang peninju dari Pelapis Serantau, Mohd Fikrie akan bertanding diperingkat akhir menentang peninju dari KL. Manakala Hasnizam akan turun bertanding pada peringkat separuh akhir menentang peninju dari Kelantan.

Laporan disediakan oleh,
Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain
Pengurus Pelapis Serantau

Thursday, November 27, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014 : HARI PERTAMA

Hari pertama kejohanan tinju remaja kebangsaan sirkit 3 2014 berlangsung tanpa sebarang masalah dengan sebanyak 28 perlawanan di 2 gelanggang dipertandingkan pada hari ini.

Hari pertama kejohanan juga menyaksikan 2orang peninju dari pasukan Pelapis Serantau turun bertanding bagi acara masing masing. Peninju pertama, Mohd Fikrie yang bermain pada kategori 44-46 kg menentang peninju dari negeri Kelantan. Perlawanan yang berlangsung sebanyak 3 pusingan ini akhirnya dimenangi oleh peninju dari Serantau dengan kiraan mata 29-28,29-28,29-28 seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir pada 28hb November ini.

Peninju kedua Serantau yang turun bertanding adalah Mohd Aiman yang berasal dari Kelantan menentang peninju dari Negeri Sembilan bagi kategori 49-52kg. Walaubagaimanapun, Mohd Aiman tumbang di pusingan kedua dengan TKO dan gagal untuk mara ke peringkat akhir.

Semua perlawanan berakhir pada pukul 6.00pm dan akan bersambung pada keesokan hari. Hari kedua kejohanan akan menampilkan 2 orang lagi peninju dari Serantau pada perlawanan yang akan bermula pada pukul 2.30pm.

Laporan disediakan oleh,
Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain

Wednesday, November 26, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGAAAN SIRKIT 3/2014

Kuala Lumpur, 25 November 2015 - Sebanyak 14 pasukan dari seluruh Malaysia dan 1 pasukan jemputan dari Singapura akan mengambil bahagian di dalam Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 3 2014 yang akan bermula pada 26hb hingga 29hb November 2014 bertempat di Kompleks MSN Keramat.

Mesyuarat pengurus pasukan telah dipengerusikan oleh pegawai dari Cawangan Pengurusan Acara, En Mohd Ridzuan dan dibantu oleh Setiausaha Persatuan Tinju Amatur Malaysia, En. Mohd Syamsul. Sejumlah 160 orang atlet akan berentap pada kejohanan kali ini dimana 4orang peninju dari Pelapis Serantau turut mengambil bahagian bagi kategori umur 15-16tahun dan 17-18 tahun. Kejohanan ini juga akan menjadi medan pemilihan atlet atlet dari negeri untuk diserap masuk ke Pelapis Serantau pada tahun hadapan.
LAPORAN OLEH,
Ahmad Norzahin B. Mohamed Zain
Pengurus Sukan Pelapis Serantau

Wednesday, November 19, 2014

PEMANTAUAN LATIHAN MEMANAH DAN TINJU DI AKADEMI SERANTAU

TARIKH : 18 NOVEMBER 2014 (SELASA)
MASA : 5.00 PETANG HINGGA 7.00 MALAM
TEMPAT : AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT MERTAJAM, PENANG


SUKAN MEMANAH
Latihan bermula seawal pukul 4.00 petang dan tamat pukul 7.00 malam.   Seramai 3 orang atlet yang berada dalam Program Pelapis Serantau.  Pada hari ini latihan di jalankan di dalam kawasan Akademi Serantau.  

Pada hari yang sama telah menerima Peralatan Sukan Memanah yang dikirimkan oleh Pengurus Sukan Pelapis Serantau yang dibawa pulang urulatih Izzudin.

SUKAN TINJU
Pada 4.00 petang telah mengadakan perjumpaan bersama Jurulatih dan Atlet Tinju membincangkan tentang Medical Check-up atlet dan pergerakkan ke Keramat untuk menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 3 / 2014.

Latihan Tinju bermula dari pukul 5.00 petang dan tamat pukul 7.00 malam.  Seramai 10 orang atlet yang berada dalam Program Pelapis Serantau.  

Latihan kedua-dua sukan berjalan dengan lancar dan diakhir pemantauan berbual-bual bersama Jurulatih dan Atlet.

LAPORAN OLEH,
Fatimah Binti Jamil

Wednesday, November 5, 2014

PERJUMPAAN PENGURUS BERSAMA ATLET-ATLET YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM BAGI TAHUN 2014

TARIKH    :   31 OKTOBER 2014 (JUMAAT)
MASA      :   11.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
TEMPAT  :   DEWAN MAKAN PERTAMA AKADEMI SERANTAU

ATLET-ATLET YANG MENDUDUKI SPM :
1.  ATLET ANGKAT BERAT - 2 ORANG
2.  ATLET OLAHRAGA - 4 ORANG
3.  ATLET TAEKWONDO - 3 ORANG
4.  ATLET TINJU - 8 ORANG
5.  ATLET MEMANAH - 1 ORANG

Laporan ringkas :
Dengan rasa tanggungjawab sebagai waris kepada atlet-atlet yang berada di Akademi Serantau, Pulau Pinang telah mengadakan satu perjumpaan bersama atlet-atlet yang akan menduduki Peperiksaan SPM pada tarikh dan masa tersebut diatas.

Program Perjumpaan Pengurus bersama Atlet-Atlet yang akan menduduki Peperiksaan SPM telah menjadi amalan Pengurus semenjak tahun 2013 bertujuan untuk memberikan kata-kata semangat dan tip-tip supaya tidak merasa gugup atau gementar ketika berada didalam bilik peperiksaan untuk menjawab soalan.

Bagi tahun 2014 seramai 17 orang atlet yang menduduki Peperiksaan SPM dan seorang atlet akan menduduki Peperiksaan Tingkatan 6 Atas.

Perjumpaan diakhiri dengan ucapan selamat menjalani peperiksaan dan mendoakan semuga semuanya berjaya..!!!!!


Terima kasih.

Disediakan oleh ;


Fatimah Binti Jamil



MESYUARAT BULANAN JURULATIH BERSAMA PENGURUS AKADEMI SERANTAU, PULAU PINANG.

TARIKH   :  30 OKT. 2014 (KHAMIS)
MASA      :  11.00 PAGI HINGGAN 12.15 TENGAHARI
TEMPAT  :   RUANG PEJABAT AKADEMI SERANTAU
KEHADIRAN :
1.   En. Mohd Aizat Bin Zaini (Angkat Berat)
2.   En. Saiful Farhan Bin Mohd Nor (Angkat Berat)
3.   En. Sarandaliew Zhenya Ivanov (Angkat Berat)
4.   En. Muhammad Hatta Bin Abdullah (Berbasikal)
5.   En. Muhamad Zamani Bin Mustarudin (Berbasikal)
6.   En. Krishnan A/L Thambusamy (Olahraga)
7.   En. Ammar Bin Ramadzan (Olahraga)
8.   En. Artikof Rifat (Olahraga)
9.   En. Muhd Faiz Bin Mohamad (Olahraga)
10. En. Mohd Firdaus @ Kumar Bin Abdullah (Taekwondo)
11. En. Jaffery Low Wei Loon (Memanah)
12. En. Kalen Asanov (Tinju)
13. En. Adnan Bin Mat (Warden)
14. En. Muhammad Hafiz Bin Arshad (PT Pentadbiran)
15. Pn. Noor Marina Binti Kamaruddin (PT Kewangan)
16. Cik Fatimah Binti Jamil (Pengurus)

TIDAK HADIR BERSEBAB ;
1.   En. Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rahim (Memanah)
2.   En. U.Vicknesvaran A/L Umapathy (Olahraga) 

AGENDA :
1.       Ucapan Pengurusi - Cik Fatimah Binti Jamil
Memulakan Mesyuarat dengan mengucapkan selamat pagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat yang telah dirancang. 

2.       Sesi Suaikenal :
Mengucapkan selamat menjadi ahli keluarga Akademi Serantau kepada Jurulatih En. Muhd Faiz Bin Mohamad (Olahraga) dan En. Sarandaliew Zhenya Ivanov (Angkat Berat) dan meminta kedua-duanya untuk memperkenalkan diri.

3.       Pembentangan Jurulatih :
3.1.    Kesemua Jurulatih memaklumkan tiada Kejohanan dalam bulan Oktober 2014 melainkan Sukan Angkat Berat yang telah menyertai Kejohanan  7th EGAT Prince Cup Junior International Weightlifting Championship 2014 di Thailand pada 4 hingga 12 Okt. 2014 dan  Kejohanan Angkat Berat Bawah 16 tahun di South City Plaza, Seri Kembangan di Kuala Lumpur pada 14 hingga 19 Okt. 2014.

3.2.    Kejohanan / Program yang akan melibatkan Atlet Pelapis Serantau dalam bulan November 2014 seperti berikut :

Olahraga :
1 Nov - Membantu MSD MSN dalam Program TID di Stadium MPSP.
9 Nov - Menyertai Kejohanan Perak Open.
21 - 23 Nov - Menyertai Kejohanan di Unimap Perlis Open

Taekwondo :
10 - 11 Nov - Program Tindih Atlet USPTNPP bersama Atlet Pelapis Serantau di Pusat Latihan Akademi Serantau.

Berbasikal
10 - 14 Nov - Menyertai Kem Bakat di Perlis. 
27 - 30 Nov - Menyertai Kejohanan di  Cheras, Kuala Lumpur.
1 Disember - Akan mengadakan "Attachment Training" di Akademi Serantau untuk atlet Program Pelapis Serantau 2015.

4.       Pembentangan Pengurus Akademi
4.1.   Penjagaan dan kebersihan Van MSN.

4.2.   Kerjasama dari Jurulatih dalam membentuk displin dan menjaga keselamatan atlet-atlet di Akademi Serantau.

4.3.   Penjagaan dan kebersihan Stor Berbasikal

4.4.   Pemasangan Rak untuk penyimpanan peralatan latihan telah dipasang di Pusat Latihan Taekwondo, Olahraga dan Memanah.  Memohon agar menjaga kebersihan di Pusat Latihan.

4.4.   Penglibatan Jurulatih dalam Kejohanan Pelapis Grand Final Interzone 2014 pada 13 - 16 Nov di Pahang bertujuan pemantauan dan mencari bakat baru untuk ditawarkan ke Program Pelapis Serantau seperti berikut : 
  
Angkat Berat - Dewan Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Pahang
En. Mohd Aizat Bin Zaini 
En. Sarandaliew Zhenya Ivanov 

Olahraga - Stadium Darul Makmur, Kuantan
En. Ammar Bin Ramadzan 
En. Artikof Rifat 
En. Muhd Faiz Bin Mohamad
En. U.Vicknesvaran A/L Umapathy 

Memanah - Padang S.K. Sg. Talam Indera Mahkota 
En. Jaffery Low Wei Loon
En. Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rahim

Tinju - Dewan Terbuka Majlis Sukan Pahang

5.   Hal-hal lain :
5.1.   Pembentangan PT Kewangan Pn Noor Marina menyentuh masih terdapat Jurulatih menghantar Borang Pergerakan pada saat-saat akhir.

5.2.   Permohonan penggunaan Van MSN untuk pergerakan ke Pahang pada 12 hingga 17 November dari Jurulatih. 

5.3.   Jurulatih Taekwondo, Mohd Firdaus akan ke Sabah bertujuan pemantuan dan pencarian atlet baru dari Kejohanan Taekwondo pada     26 Nov hingga 1 Disember 2014.

5.4.    Permohonan penambahan Peralatan Latihan dan Suppliment dari Sukan Angkat Berat dan Sukan Olahraga. Senarai Peralatan dan Jenis Suppliment akan diserahkan kepada pihak Pengurusan Akademi Serantau kemudian oleh Jurulatih Mohd Aizat dan T. Krishnan.

5.5.    Pengurus Akademi Serantau akan berjumpa dengan pihak sekolah untuk memohon pengecualian atlet-atlet dari tingkatan 2, 3 dan 4 kesekolah sepanjang Peperiksaan SPM dijalankan supaya dapat menjalani latihan diwaktu pagi.  Akan memaklumkan kepada Jurulatih setelah menerima keputusan dari pihak sekolah.


Mesyuarat berjalan dengan lancar dan ditunda pada pukul 12.15 tengahari.


Terima kasih.


Disediakan oleh 


Fatimah Binti Jamil.