Wednesday, November 5, 2014

MESYUARAT BULANAN JURULATIH BERSAMA PENGURUS AKADEMI SERANTAU, PULAU PINANG.

TARIKH   :  30 OKT. 2014 (KHAMIS)
MASA      :  11.00 PAGI HINGGAN 12.15 TENGAHARI
TEMPAT  :   RUANG PEJABAT AKADEMI SERANTAU
KEHADIRAN :
1.   En. Mohd Aizat Bin Zaini (Angkat Berat)
2.   En. Saiful Farhan Bin Mohd Nor (Angkat Berat)
3.   En. Sarandaliew Zhenya Ivanov (Angkat Berat)
4.   En. Muhammad Hatta Bin Abdullah (Berbasikal)
5.   En. Muhamad Zamani Bin Mustarudin (Berbasikal)
6.   En. Krishnan A/L Thambusamy (Olahraga)
7.   En. Ammar Bin Ramadzan (Olahraga)
8.   En. Artikof Rifat (Olahraga)
9.   En. Muhd Faiz Bin Mohamad (Olahraga)
10. En. Mohd Firdaus @ Kumar Bin Abdullah (Taekwondo)
11. En. Jaffery Low Wei Loon (Memanah)
12. En. Kalen Asanov (Tinju)
13. En. Adnan Bin Mat (Warden)
14. En. Muhammad Hafiz Bin Arshad (PT Pentadbiran)
15. Pn. Noor Marina Binti Kamaruddin (PT Kewangan)
16. Cik Fatimah Binti Jamil (Pengurus)

TIDAK HADIR BERSEBAB ;
1.   En. Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rahim (Memanah)
2.   En. U.Vicknesvaran A/L Umapathy (Olahraga) 

AGENDA :
1.       Ucapan Pengurusi - Cik Fatimah Binti Jamil
Memulakan Mesyuarat dengan mengucapkan selamat pagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat yang telah dirancang. 

2.       Sesi Suaikenal :
Mengucapkan selamat menjadi ahli keluarga Akademi Serantau kepada Jurulatih En. Muhd Faiz Bin Mohamad (Olahraga) dan En. Sarandaliew Zhenya Ivanov (Angkat Berat) dan meminta kedua-duanya untuk memperkenalkan diri.

3.       Pembentangan Jurulatih :
3.1.    Kesemua Jurulatih memaklumkan tiada Kejohanan dalam bulan Oktober 2014 melainkan Sukan Angkat Berat yang telah menyertai Kejohanan  7th EGAT Prince Cup Junior International Weightlifting Championship 2014 di Thailand pada 4 hingga 12 Okt. 2014 dan  Kejohanan Angkat Berat Bawah 16 tahun di South City Plaza, Seri Kembangan di Kuala Lumpur pada 14 hingga 19 Okt. 2014.

3.2.    Kejohanan / Program yang akan melibatkan Atlet Pelapis Serantau dalam bulan November 2014 seperti berikut :

Olahraga :
1 Nov - Membantu MSD MSN dalam Program TID di Stadium MPSP.
9 Nov - Menyertai Kejohanan Perak Open.
21 - 23 Nov - Menyertai Kejohanan di Unimap Perlis Open

Taekwondo :
10 - 11 Nov - Program Tindih Atlet USPTNPP bersama Atlet Pelapis Serantau di Pusat Latihan Akademi Serantau.

Berbasikal
10 - 14 Nov - Menyertai Kem Bakat di Perlis. 
27 - 30 Nov - Menyertai Kejohanan di  Cheras, Kuala Lumpur.
1 Disember - Akan mengadakan "Attachment Training" di Akademi Serantau untuk atlet Program Pelapis Serantau 2015.

4.       Pembentangan Pengurus Akademi
4.1.   Penjagaan dan kebersihan Van MSN.

4.2.   Kerjasama dari Jurulatih dalam membentuk displin dan menjaga keselamatan atlet-atlet di Akademi Serantau.

4.3.   Penjagaan dan kebersihan Stor Berbasikal

4.4.   Pemasangan Rak untuk penyimpanan peralatan latihan telah dipasang di Pusat Latihan Taekwondo, Olahraga dan Memanah.  Memohon agar menjaga kebersihan di Pusat Latihan.

4.4.   Penglibatan Jurulatih dalam Kejohanan Pelapis Grand Final Interzone 2014 pada 13 - 16 Nov di Pahang bertujuan pemantauan dan mencari bakat baru untuk ditawarkan ke Program Pelapis Serantau seperti berikut : 
  
Angkat Berat - Dewan Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Pahang
En. Mohd Aizat Bin Zaini 
En. Sarandaliew Zhenya Ivanov 

Olahraga - Stadium Darul Makmur, Kuantan
En. Ammar Bin Ramadzan 
En. Artikof Rifat 
En. Muhd Faiz Bin Mohamad
En. U.Vicknesvaran A/L Umapathy 

Memanah - Padang S.K. Sg. Talam Indera Mahkota 
En. Jaffery Low Wei Loon
En. Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rahim

Tinju - Dewan Terbuka Majlis Sukan Pahang

5.   Hal-hal lain :
5.1.   Pembentangan PT Kewangan Pn Noor Marina menyentuh masih terdapat Jurulatih menghantar Borang Pergerakan pada saat-saat akhir.

5.2.   Permohonan penggunaan Van MSN untuk pergerakan ke Pahang pada 12 hingga 17 November dari Jurulatih. 

5.3.   Jurulatih Taekwondo, Mohd Firdaus akan ke Sabah bertujuan pemantuan dan pencarian atlet baru dari Kejohanan Taekwondo pada     26 Nov hingga 1 Disember 2014.

5.4.    Permohonan penambahan Peralatan Latihan dan Suppliment dari Sukan Angkat Berat dan Sukan Olahraga. Senarai Peralatan dan Jenis Suppliment akan diserahkan kepada pihak Pengurusan Akademi Serantau kemudian oleh Jurulatih Mohd Aizat dan T. Krishnan.

5.5.    Pengurus Akademi Serantau akan berjumpa dengan pihak sekolah untuk memohon pengecualian atlet-atlet dari tingkatan 2, 3 dan 4 kesekolah sepanjang Peperiksaan SPM dijalankan supaya dapat menjalani latihan diwaktu pagi.  Akan memaklumkan kepada Jurulatih setelah menerima keputusan dari pihak sekolah.


Mesyuarat berjalan dengan lancar dan ditunda pada pukul 12.15 tengahari.


Terima kasih.


Disediakan oleh 


Fatimah Binti Jamil.

No comments:

Post a Comment